Hos Karpet Merah Anugerah Academy Ke-91 Curi Tumpuan, Tampil Dengan Busana Gaun Tuxedo

Trending

Hos Karpet Merah Anugerah Academy Ke-91 Curi Tumpuan, Tampil Dengan Busana Gaun Tuxedo

Artis Hollywood dan fesyen tidak dapat dipisahkan ibarat aur dan tebing. Majlis berprestij menjadi medan untuk masing-masing menayangkan pelbagai fesyen terkini.

billy

Advertisement

Semalam telah berlangsungnya majlis Anugerah Academy ke-91 di Los Angeles. Kehadiran ramai selebriti ternama dunia dengan pelbagai fesyen menjadi tumpuan lensa kamera.

Namun, paling mencuri tumpuan sudah pastinya hos karpet merah anugerah tersebut iaitu Billy Porter.

Dia yang hadir dengan mengenakan busana gabungan gaun dan tuxedo benar-benar menarik perhatian. Malah rakan-rakan artis juga terkejut dan tertarik dengan penampilan uniknya itu.

billy

Justeru tidak hairanlah pakaiannya itu menjadi tular di media sosial kerana ramai yang bercakap mengenai pakaiannya itu dan menganggap dia adalah ‘pemenang’ pada malam tersebut.

Nampak gayanya tidak sia-sia Billy memakai pakaian yang direka oleh Christian Siriano itu.

billy

Sebelum ini, Billy memang terkenal dengan penampilan fesyen pelik ketika menghadiri acara karpet merah.

Sumber Berita: Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...