Hormatlah Walau Suara Saya Sumbang Biar Saya Nyanyi Sampai Habis, Jangan Rampas Mic – Peserta ICSYVMY

Hiburan

Hormatlah Walau Suara Saya Sumbang Biar Saya Nyanyi Sampai Habis, Jangan Rampas Mic – Peserta ICSYVMY

Penyanyi Haqiem Rusli sekali lagi dikatakan sebagai artis kurang ajar dan poyo apabila merampas mikrofon dari  peserta I Can See Your Voice Malaysia. Haqiem dalam penjelasannya berhubung isu tersebut memberitahu tindakannya itu sekadar untuk berseronok dan meminta netizen berhenti mencari kesalahannya.

Advertisement

Walaubagaimanapun, apa yang dilakukan oleh Haqiem itu sebenarnya mendatangkan kemarahan dan membuatkan peserta tersebut yang dikenali sebagai Mohd Syamul merasa sangat malu. Menurut Syamsul, perbuatan Haqiem itu tidak wajar.

Meskipun dia menyanyikan lagu Tergantung Sepi dalam nada sumbang, apa salahnya untuk penyanyi asal lagu berkenaan menghormati dan membiarkan dia menghabiskan nyanyiannya terlebih dahulu.

Pendapat saya, mungkin tindakan Haqiem itu tidak wajar dilakukan apatah lagi dia seorang artis. Kerana setiap tindak tanduk anda diperhatikan.

Biarpun suara saya sumbang, sepatutnya dia kena hormat dan membiarkan saya menyanyikan lagu sampai habis. Kalau tonton program itu versi Korea, juri-juri mereka tidak akan melakukan seperti itu. Tapi saya tak marah dia, cuma rasa terkejut dan tak sangka Haqiem tiba-tiba naik ke pentas dan rampas mikrofon itu.

Bukan hati Syamsul sahaja yang tersinggung tetapi keluarganya juga, bagaimanapun mereka tidak mahu memanjangkan perkara ini. Syamsul berharap sebagai seorang artis Haqiem akan lebih berhati-hati ketika melakukan sesuatu perkara selepas ini.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

52 Comments

  1. aku

    August 10, 2018 at 1:44 pm

    aku nk tnya soul_ahra tu bole tahan ke telinga dgr org nyanyi sumbang utk temph satu jam, baik tukar tajuk jdkan deaf tone programme

  2. ghadisk

    August 10, 2018 at 12:10 pm

    cmnila..klau dh tau sore xsedap xyah la msok tv..nk nyanyi..nyanyi je kt pusat karaoke..

    • nana

      August 10, 2018 at 4:54 pm

      camnilah.. tru tengok dulu show ni and faham format show ni.. memang show ni untuk penyanyi bersuara tak sedap pun..

  3. soul_ahra

    August 9, 2018 at 8:42 pm

    Lain kali x payah la nk tiru variety show dr luar ni. Mengarut je..sepanjang aku tgk ICSYV version Korea,x pernah lg aku tgk artis jemputan diorg ni rampas/mintak/betulkan nyanyian peserta yg menyanyi sumbang. Diorg hormat kt peserta tu walaupun diorg penyanyi legend kt Korea nun. Dh memang konsep nya nk cari penyanyi yg tone deaf,yg Ko sibuk nk g betulkan org nyanyi dh kenapa? Paham konsep ke x? Dh tu x kn nk cari peserta yg suara sedap je? Kalo nk suara sedap, tgk mentor ke, Xpn pertandingan menyanyi @ uji bakat.

  4. Anonymous

    August 8, 2018 at 12:19 pm

    Please just remove HR dari music industry. This kid has attitude problem, lack of manners, no communication skills, no style, no personality…..he is just s damn annoying!

  5. aku

    August 8, 2018 at 11:52 am

    aku tgok hakim tak rampas mic pun, malahan dia support and nyanyi sama2 , dia naik kepentas minta mic dan nyanyi serangkap dua,,,korang ni kecoh betul otak pun sempit, nak tiru rancangan korea mentaliti tu kena ubah jangan sensitif tak bertempat, peserta pun satu ko patut berterima kasih hakim sudi nyanyi ngn ko takdelah penonton rasa geli geleman kat bwh,, ni tak sensitif nooow

Loading...