February 27th, 2014

3 hingga 9 Mac ini, Konsert Teaterikal Suara Kita yang menggabungkan Erra Fazira, Ziana Zain dan Awie akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Konsert ini akan mengikuti jalan cerita filem Sembilu yang pernah popular sekitar 20 tahun lalu. Di dalam filem tersebut memang banyak aksi romantik antara Awie dan Erra. Namun menghormati tempoh edah Erra Fazira yang baru bercerai, babak-babak intim tersebut akan ditapis dan dikurangkan.

konsert teaterikal suara kita

Permintaan ini telah dilakukan oleh Erra Fazira sendiri untuk mengelakkan orang ramai tersalah anggap berhubung aksinya dengan Awie di atas pentas kelak. Kata Erra menerusi Mstar Online:-

Saya lega apabila Erma memahami keadaan itu walaupun pada mulanya saya sukar untuk berbuat demikian kerana bimbang permintaan itu akan menyusahkan semua pihak yang telah menyusun perancangan.

Selain ingin menjaga batas selepas bercerai saya juga tidak mahu ada sesetengah pihak tersalah anggap berhubung aksi saya dengan Awie di atas pentas nanti. Sebelum membuat keputusan itu kami duduk berbincang terlebih dahulu dan mujur Erma memahami

awie dan erra

Ini adalah satu langkah bagus dan sangat terpuji yang telah diambil oleh Erra Fazira. Sebelum orang buat fitnah yang bukan-bukan, lebih baik kita mencegahnya terlebih dahulu. Apa pun daripada “feedback” yang Abang Nara baca, Konsert Teaterikal Suara Kita ini memang awesome sangat-sangat. Jadi kalau berminat nak pergi tengok, bolehlah beli tiket di www.ticket2u.biz.

P.S: Bayi diberi susu ibu kemungkinan besar dapat penyakit lelah?


Comments are closed.

Loading...