August 20th, 2013

Agak pelik bunyinya tetapi ia satu perubahan yang positif. Oleh kerana menghormati keempat-empat anak perempuannya yang bertudung, Didie Alias mengambil keputusan untuk mengurangkan penampilan dirinya dengan imej pelik. Ini kerana Didie Alias enggan anaknya terkena tempias kritikan masyarakat terhadap dirinya.
didie aliasUmum mengetahui Didie Alias memang sering tampil dengan imej-imej pelik sehingga digelar Lady Gaga Malaysia. Secara jujur, Abang Nara memang tak gemar dengan penampilan Didie. Tidak sesuai dengan imej wanita Malaysia lebih-lebih untuk seseorang yang sudah bergelar ibu. Kata Didie kepada Mstar Online:-

Sekarang ini anak-anak perempuan saya semua sudah berhijab. Dan saya sebagai ibu tidak mahulah melihat mereka dikritik hanya kerana penampilan saya. Bagaimanapun unsur-unsur pelik masih lagi ada, cuma ia tidaklah keterlaluan seperti sebelum ini. Dan fesyen yang dibawakan mengikut kesesuaian tema majlis

didie alias

Orang kata daripada tak berubah langsung, baiklah kita berubah sedikit demi sedikit kan? Mana tahu selepas ini Didie Alias akan terbuka hati untuk bertudung selepas melihat anak-anaknya yang berbuat demikian. Abang Nara yakin ramai yang akan gembira jika Didie membuat keputusan sebegitu. Tak gitu? Sama-samalah kita doakan.
okjomP.S: Miliki barangan mewah dan eklusif pada harga yang sangat murah. Potongan sehingga 90% diskaun. Berbelanjalah dengan bijak untuk semua jenis barangan fesyen, gadget, kelengkapan rumah dan segalanya. Semuanya ditawarkan pada potongan harga sungguh menakjubkan. www.okjom.com menawarkan segalanya pada harga yang terbaik. 


Comments are closed.

Loading...