Pelakon jelita yang juga seorang ibu, Fatin Afeefa baru-baru ini telah berjaya mencuri perhatian netizen apabila dia tampil membidas komen netizen yang agak biadap terhadapnya.
Video itu yang dimuat naik Fatin Afeefa di TikTok juga dipuji netizen kerana dilihat bersahaja dan santai ketika membalas komen individu itu.
Individu itu dilihat menanyakan soalan itu ketika Fatin melakukan siaran langsung ‘Live’ di TikTok.
Best ke rampas suami orang?
Fatin kemudiannya menjawab secara bergurau di mana individu itu akan menjadi anak tirinya kelak.
@fichfahmii
Hey, awak tu bakal jadi anak tiri saya tau. Hormat sikit mak awak. Panggil saya mummy sekarang. Hormat saya sikit, bapa awak yang kejar saya. Awak tahu tak, level mak tiri tu sama level dengan mak awak tau.
Hanya gurauan semata-mata, Fatin juga tidak menyangka bahawa video itu kemudiannya menjadi tular di aplikasi popular itu.
Netizen juga rata-ratanya berasa terhibur dengan jawapan yang diberikan pelakon Tentang Bulan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.