Kini tampil dengan imej bertudung, pelakon Hannah Delisha turut memadam foto-foto yang memaparkan dirinya berpakaian tidak menutup aurat di laman sosialnya.
Dia yang turut melibatkan diri dalam dunia nyanyian baru-baru ini telah menerbitkan lagu single terbaru berjudul Terlalu Mudah buat peminat yang menunggu pelakon cantik manis ini tampil menyanyi selain daripada berlakon.
Meskipun begitu, pihak syarikat rakaman Hannah Delisha iaitu Faithful Music telah mengambil keputusan untuk tidak memuat naik muzik video rasmi single penyanyi ini kerana menghormati penampilan terbaru selebriti itu kini.
Menurut wakil syarikat pengurusan itu, Karim Razali berkata mereka mengambil keputusan tersebut setelah mengadakan perbincangan sesama mereka, baru-baru ini.
Tambah Karim, video muzik tersebut telah dirakam pada penghujung tahun 2019 dan pada ketika itu, Hannah masih lagi belum berhijrah secara sepenuhnya.
View this post on Instagram
“Rancangannya kami nak release muzik video itu pada awal tahun lepas tapi disebabkan PKP, kami tangguhkan dahulu. Selepas mengadakan perbincangan baru-baru ini termasuk dengan Faizal Tahiir (pengasas Faithful Music), kami ambil keputusan tidak akan tayangkan muzik video Terlalu Mudah demi menghormati imej baharu Hannah yang sudah berhijab.”
Tambahnya lagi, mereka juga tidak bercadang untuk merakam semula muzik video terbaru namun akan memuat naik MV lirik untuk lagu Terlalu Mudah untuk tatapan peminat.
Respon Hannah Delisha berkaitan dengan keputusan ini pada mulanya dia tidak kisah untuk memuat naik muzik video tersebut memandangkan rakaman tersebut dilakukan ketika dia masih belum bertudung.
View this post on Instagram
Namun, hasil perbincangan antara mereka telah sebulat suara untuk tidak memasukkan muzik video itu di YouTube kerana menghormati penampilannya yang sudah bertudung.
Sekadar info, Faithful Music turut menguruskan artis seperti Aziz Harun dan duo rapper FML.