Hormat Lufya Sebagai Ibu Kandung, Julia Farhana Akui Belum Sempat Kenal Bakal Anak Tiri

Hiburan

Hormat Lufya Sebagai Ibu Kandung, Julia Farhana Akui Belum Sempat Kenal Bakal Anak Tiri

Pelakon, Julia Farhana mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz.

Memetik laporan mStar, Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 28, menerangkan telah mengenali Dr Che Hafiz sejak dua tahun lalu menerusi ibunya namun terpaksa dirahsiakan demi menjaga privasi keluarga.

Advertisement

Saya dah kenal dia dua tahun…kami berdua terlalu menjaga privasi. Ini adalah aturan keluarga dia dan keluarga saya.”

Bercerita lebih lanjut, Julia memberitahu dia tidak pernah terfikir akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang bapa tunggal.

Saya tak pernah terfikir dan terniat untuk berkahwin dengan bapa tunggal tapi bila dah jadi macam itu saya hanya lihat pada karakter dia. Ketepikan segala hal lain..tapi saya memang pernah terfikir boleh terima ke kalau datang dengan pakej (anak).

Sementara itu, pelakon filem Langsuir itu menyatakan dia masih belum ada kesempatan untuk berkenalan dengan bakal anak tirinya Laana Haura kerana menghormati ibu kandung kanak-kanak tersebut yang juga merupakan seorang pelakon, Lufya Omar.

InsyaAllah jika dibenarkan, jika tidak diterima oleh pihak lain saya terpaksa akur. Saya ikut keputusan suami saya. Saya tengok dari jauh sahaja, sebab saya hormat ibu kandung, saya perlu minta kebenaran, jadi berkenalan atau bermain belum lagi.”

Sekadar info, Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Lufya pada 26 November 2016 tetapi berpisah pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya.

Sebelum ini, Julia pernah mendakwa mendapat layanan buruk daripada Lufya kerana ingin mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya.

Lufya Omar Julia Farhana
2 years ago

“Tak Payah Cari Buruk Ex” - Lufya Omar Nafi Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Anggap Julia Masih 'Mentah'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...