“Hormat Kehidupan Neelofa Dan Fazura” – Peminat Tegar Mula ‘Korek’ Punca Pergaduhan, Nama Fattah Amin Pula Kena ‘Petik’

Hiburan

“Hormat Kehidupan Neelofa Dan Fazura” – Peminat Tegar Mula ‘Korek’ Punca Pergaduhan, Nama Fattah Amin Pula Kena ‘Petik’

Sebelum ini, selebriti terkenal Neelofa ada meluahkan hasrat untuk bertemu dengan pelakon Nur Fazura bagi tujuan meletakkan ‘titik noktah’ persengketaan antara mereka berdua sebelum ini.

Namun, hasrat itu tidak disambut dengan baik oleh Nur Fazura di mana dia menegaskan bahawa dirinya tidak pasti apakah maksud ‘perang dingin’ yang dimaksudkan oleh Neelofa itu.

Advertisement

Ia kemudiannya menjadi tular di media sosial dan telah menimbulkan pelbagai respon dalam kalangan netizen, terutamanya peminat dua selebriti itu.

Ada juga yang bertanyakan apakah sebenar punca sengketa yang didakwa sebelum ini sehinggakan ia berlanjutan selama 13 tahun.

Malah, di aplikasi X, ada yang bertindak ‘mengorek’ kisah lama Fazura bersama Tunku Mahkota Johor selain mengaitkan suami pelakon itu iaitu Fattah Amin sebagai punca kepada ‘perang dingin’ yang didakwa Neelofa itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Meskipun begitu, ramai yang menyambut baik niat Neelofa untuk berbaik dengan Fazura selain menyifatkan sikap taksub peminat yang gemar melaga-lagakan kedua selebriti ini sebagai punca utama kepada permasalahan yang terjadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazura neelofa
1 year ago

"Tidak Berkawan, Tidak Bererti Memusuhi" - Nur Fazura Beri Respon 'Permintaan' Neelofa Untuk Tamatkan Perang Dingin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...