Written by AbangNara | November 2nd, 2018

Dewasa ini, pelbagai jenama telefon pintar ditawarkan di pasaran sehingga boleh menyebabkan kita selaku pengguna pening kepala untuk membuat pilihan. Bagi Abang Nara, perkara paling penting ketika ingin membeli sebuah telefon pintar ialah spesifikasi yang ditawarkan mestilah berbaloi dengan harga jualan. Senang cakap, telefon tersebut WAJIB mempunyai ciri-ciri premium dengan harga yang mampu milik.

1

ha pilih pilih mana satu yang berkenan di hati

Jadi apabila Honor Malaysia melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Honor 8X baru-baru ini, Abang Nara amat-amat teruja dibuatnya. First thing first, harga jualan Honor 8X ini ialah RM949. Sangat-sangat mampu milik kerana kurang daripada RM1,000. Paling best, pelbagai ciri-ciri menarik, premium dan terbaru turut sama tersedia di dalam telefon pintar terbaru Honor ini.

2

Antaranya ciri-ciri Honor 8X yang membuatkan Abang Nara terasa nak pergi beli hari ini juga ialah:-

1. Rekaan kaca yang buatkan anda jatuh cinta pandang pertama

3

Honor 8X hadir dengan rekaan aluminium di bahagian sisinya dan dipadankan dengan tekstur Aurora Glass yang dapat memberikan kesan kilauan pada bahagian belakangnya. Rekaan kacanya pula menunjukkan 2 kesan visual yang sangat unik dan menarik. Memang sekali pandang boleh jatuh cinta, dengan kebesaran skrin 6.5 (Full HD+) ini, lebih-lebih selepas mengetahui yang nisbah skrin berbanding keseluruhan tubuhnya adalah sebanyak 91%.

4

Warna yang dipaparkan pada skrin juga sangat baik dan menyerlah kerana telefon pintar ini direka dengan paparan skrin IPS LCD sebesar 6.5 inci bersama resolusi Full HD+ pada nisbah 19:5:9 dan bingkai bawahnya pula hanya selebar 4.25mm sahaja. Ini penting sebab ia menjadikan paparan skrin pada Honor 8X lebih besar, lebih sedap mata memandang dan lebih puas untuk dinikmati terutama ketika menonton video atau bermain game.

Tidak dilupakan juga sokongan pengimbas jari di bahagian belakang Honor 8X untuk memudahkan anda meng’unlock’ telefon ini. Selain itu, ada juga sistem sekuriti berdasarkan wajah dan juga pengesahan biometrik. Boleh pilih mana-mana satu yang kena dengan jiwa anda.

2. Kamera yang membolehkan anda mengambil gambar seperti seorang professional

5

Selepas harga, perkara seterusnya yang Abang Nara akan check ialah tak lain tak bukan kamera sebab diri ini memang suka ambil gambar. Honor 8X dilengkapi sokongan dwi kamera utama yang menggabungkan sensor 20MP dan 2MP manakala kamera ‘selfie’nya pula adalah sebesar 16MP. Paling awesome, kamera Honor 8X disokong dengan teknologi AI yang membantu anda mengambil gambar lebih cantik walaupun di waktu malam.

Teknologi AI ini juga membolehkan pengecaman sehingga 22 objek berlainan di dalam satu gambar. Siap ada sokongan Night Mode AIS yang memastikan gambar-gambar yang diambil pada waktu malam tidak bergegar atau kabur. Fuh, memang canggih!!!

1

1-284

1-364

IMG-20180821-181348

IMG-20180821-183159

11

12

13

14

Honor 8X turut mempunya fungsi Super Slow-motion yang kebiasaannya cuma ada pada telefon pintar yang mahal

15

selfie korang confirm hensem dan cun dengan Honor 8X nie

3. Dilengkapi sokongan GPU Turbo untuk kepuasan kaki gamers

16

Sekiranya anda suka bermain PUBG, Mobile Legends atau Fortnite, Honor 8X adalah pilhan yang sangat tepat. Dijana dengan dijana dengan cip Silicon Kirin 710 bersama pelancar EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo, telefon pintar ini turut dilengkapi dengan sokongan GPU Turbo yang membolehkan anda mendapat prestasi lebih laju, konsisten dan cekap. Paling best, pengeluaran haba adalah pada tahap minimum jadi ia membolehkan anda lenjan main PUBG berjam-jam tanpa henti.

4. Ruang storan yang lebih dari mencukupi.

17

Honor 8x ini mempunyai 3 slot kad termasuk 2 ruangan sim kad, dan 1 ruang kad mikro SD sehingga 400gb. (lagi syok boleh ruang menyimpan Honor 8X ini boleh mencecah 400GB. Ini bermakna korang tak perlu nak delete gambar-gambar lama, Whatsapp dengan bekas-bekas awek atau applikasi yang dah tak pakai)

Tambahan pula dengan Honor 8x, juga menyokong fungsi Twin Function yang membolehkan anda untuk membuka satu aplikasi dalam 2 tetingkap yang berbeza, seperti 2 aplikasi Facebook atau 2 aplikasi Instagram dalam satu masa yang sama. Cool gila!

Perlu diingatkan sekali lagi, kebiasaannya jika sesebuah telefon pintar memiliki kesemua ciri-ciri ini, harga jualannya pasti akan menjadi RM2,000 ke atas. Namun Honor 8X boleh menjadi milik anda dengan hanya RM949 sahaja.

5. Bateri 3750mAh yang tahan lama

18

Apalah guna mempunyai telefon pintar yang mahal sekiranya sebelum tengah hari dah terpaksa sibuk mencari charger? Dengan Honor 8X, anda tidak akan mempunyai masalah ini kerana telefon pintar tersebut dijana dengan bateri 3750mAh yang mempunyai sistem penjimatan baterinya tersendiri. Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, penggunaan bateri pada Honor 8X telah dikurangkan sehingga 30% berbanding dengan generasinya yang tersebelum. Boleh la gayut dengan awek-awek tercinta tanpa risau tiba-tiba telefon termati sendiri. Hehehe.

Selepas membaca segala ciri-ciri premium yang ditawarkan oleh Honor 8X di atas, pastinya anda sudah tidak sabar lagi untuk memilikinya kan? Rileks, rileks.

20

PS: Honor 8X juga akan mengeluarkan model yang berwarna merah hanya RM949 dan akan mula berada di pasaran mulai 7 November. Setiap pembelian Honor 8x akan disertakan dengan Band 3 di Hihonor . Kalau anda berminat, boleh buat pembelian mulai 7 November secara online di Shopee , Lazada , dan 11Street .

Terbaik bukan? Jadi rebutlah peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Honor dan menikmati segala ciri-ciri awesome Honor 8X pada harga yang AMAT-AMAT berbaloi. Maklumat lanjut tentang Honor 8X boleh dibaca di sini.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Honor 8X – Telefon Pintar Yang Premium & Power Pada Harga Yang Berbaloi

  1. Anonymous says:

    aku punya review on this phone,

    jujur aku cakap, jgn beli this mobile (Honor), aku tak sampai satu bulan dah lagging..memory pun masih ada, tak penuh..

    1

    0
  2. Anonymous says:

    4+128gb cepat full? masuk apa ni?

    1

    0
  3. cute_cici says:

    Mesti nice photo but got reflection..asik tbalik ja..nme tag Kiri dh tukor part..tak Ori tul photo skg..it happened 2 me also..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Banyak yg komen buruk.ada yg guna seminggu screen dah berkelip2.

    0

    0

Leave a Comment

Optional