Honlah! Bukan Duk Rakam Je Sampai Kereta Depan Kau Kemalangan

Automotif

Honlah! Bukan Duk Rakam Je Sampai Kereta Depan Kau Kemalangan

Pernah tak anda mengalami situasi anda sedang memandu dan hilang tumpuan, atau mungkin anda terlelap.

Apabila tersedar, kenderaan anda rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin anda dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah?

Advertisement

Jika anda pernah mengalaminya, keadaan itu dipanggil microsleep.

Terdahulu sebuah insiden kemalangan maut meragut nyawa Pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad yang dikaitankan dengan microsleep berikutan pemandu iaitu suaminya mengakui mengantuk ketika memandu dari kediamannya di Tumpat menuju ke Pattani, Thailand.

Tidak dilupakan insiden kemalangan bas pekerja berdekatan KLIA pada April menyebabkan 10 terbunuh dan 34 cedera, juga antara yang menjadi sorotan.

Kemalangan jalan raya kerap dilaporkan sepanjang musim perayaan disebabkan pelbagai faktor antaranya pertambahan jumlah kenderaan, kelalaian, memandu secara melulu dan sesetengahnya terlelap seketika ketika memandu atau micro sleep.

Baru-baru tular sebuah video yang 45 saat dimuatnaik di Twitter MyWatch, menunjukkan sebuah kereta terhuyung-hayang ke kiri dan kanan jalan raya, dipercayai pemandunya telah microsleep.

Tetapi apa yang menyebabkan netizen mengecam video ini adalah kerana si perakam tidak memberi hon kepada pemandu sebagai amaran.

Si perakam hanya meramkam ketika kereta tersebut sedang terhuyang hayang sehingga menyebabkan kemalangan.

Namun, tindakan si perakam yang merakamkan kejadian tersebut telah mendapat kecaman ramai yang rata-rata berpendapat mengapa tidak di honkan sahaja pemandu itu sebagai amaran.

netizen marah kerana perakam tak hon

Rata-rata netizen menyatakan apakah tujuan hon semasa membeli kereta bukannya sebagai hiasan semata-mata.

netizen marah kerana hon tidak digunakan

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mengatakan bahawa mereka akan tersedar daripada micro sleep selepas di hon dan ia dapat membantu pemandu lebih berhati-hati.

mereka akan terjaga jika dihon oleh kereta lain
Bersyukur pernah di hon jika tidak sudah kemalangan

Adakah anda juga orang yang ingin merakam atau beri hon kepada pemandu ini? Apa pendapat anda semua.

 

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...