(HONG KONG)Shu Qi Diminta Belajar Bahasa Inggeris

(HONG KONG)Shu Qi Diminta Belajar Bahasa Inggeris

Pelakon seksi, Shu Qi telah muncul buat pertama kalinya dalam filem Hollywood yang berjudul The Transporter beberapa tahun lepas telah diminta untuk belajar bahasa Inggeris kerana mempunyai potensi untuk berjaya di Hollywood. Satu sumber yang tidak bernama dari produksi Hollywood mendakwa walaupun dialog Shu Qi untuk filem tersebut agak minimal, Shu Qi telah mengagumkan penonton di Amerika dengan keseksiannya.

Shu Qi yang juga baru-baru ini menafikan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi terkenal Wang Lee Hom, turut mengakui yang dia telah dihubungi oleh produksi untuk filem James Bond yang terbaru. Kalau diikutkan plot cerita tersebut, seorang aktres berbangsa cina diperlukan untuk membawakan watak Gadis Bond yang bukan saja seksi dan pintar, malah berbahaya dan suka memberontak (kalau di Malaysia Neelofa boleh kot watak seperti ini).

Pelakon-pelakon lain yang juga sedang dipertimbangkan untuk watak tersebut ialah Tang Wei, Li Bingbing dan Fan Bingbing. Kalau jadi, dapatlah kita menonton Shu Qi berlakon di samping Daniel Craig, satu lagi pelakon aksi yang hebat selepas Jason Statham dalam filem The Transporter.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...