Baru-baru ini, nama pempengaruh, Ameera Khan dan teman lelakinya iaitu pelakon Indonesia, Jefri Nichol sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas difahamkan mereka pergi bercuti bersama-sama di Pulau Perhentian, Terengganu.
Biarpun sebelum ini teruk dikecam dek sikap terlalu ‘mesra’ yang sering dipaparkan di media sosial, Ameera dilihat sama sekali tidak menghiraukan kecaman netizen.
Dalam foto terbaru yang dimuat naik di Instagram, kelihatan kedua-dua pasangan itu seronok meluangkan masa bersama di atas sebuah bot mewah sambil berpelukan.
View this post on Instagram
Bukan saja itu yang menarik perhatian netizen, bahkan pemakaian Ameera yang dianggap terlalu terdedah di bahagian depan hingga menampak lurah dada serta bahagian belakang badan turut menjadi perbualan hangat netizen.
Apa-apa pun, kita doakan pasangan ini berjodoh sebab nampak sesuai sangat kan?