Honda Vietnam baru-baru ini telah melancarkan Honda Winner X (di Malaysia RS150R), pencabar utama kepada Yamaha Y15ZR ataupun lebih dikenali sebagai Ysuku yang agak popular.
Winner X tampil dengan reka bentuk lebih ‘sporty’ dan ‘garang’. Bagaimanapun, pihak Honda masih belum mendedahkan spesifikasi terperinci mengenai Winner X yang akan mula dijual bermula 16 Julai 2019 di negara itu.
Ciri menarik Winner X
Sistem ABS
ABS berfungsi dengan berkesan apabila pemandu menarik brek terlebih dahulu, membantu menstabilkan kedudukan kenderaan terutamanya dalam keadaan jalan basah atau kasar.
Difahamkan, Honda juga akan menawarkan versi bukan ABS dengan kos lebih rendah iaitu fungsi brek Combined Brake System (CBS). Brek CBS ini akan mengaktifkan sekali brek belakang apabila brek hadapan ditarik dengan kuat sekiranya berlaku kecemasan.
Ekzos terbaru
Sitem ekzos juga telah diubah menjadi lebih pendek manakala rekaan lampu belakangnya pula sangat mirip dengan motosikal berkuasa tinggi.
Panel Meter LCD
Winner X turut dilengkapi panel meter terbaharu penuh dengan ciri moden menggunakan panel LCD. Unit ini memaparkan maklumat seperti paras bahan api, rpm, jam, kelajuan, odometer, dan kedudukan gear.
Harga dan variasi Honda Winner X :-
2019 Honda Winner X CBS – 45.99 juta Dong (RM 8,174)
2019 Honda Winner X ABS – 48.99 juta Dong (RM 8,708)
2019 Honda Winner X ABS untuk warna matte hitam – 49.9 juta Dong (RM 8,869)
Apa kata anda? Dengan rekaan lebih gempak penuh ciri menarik dan moden, mampukah Winner X menjadi antara pesaing hebat motosikal segmen kapcai lain?