Honda RS150R, Jentera Menarik Dalam Segmen Motosikal Kapchai Di Malaysia

Trending

Honda RS150R, Jentera Menarik Dalam Segmen Motosikal Kapchai Di Malaysia

Sebut sahaja pasal kapchai 150, pasti yang akan menyebut tentang Yahama 150LC. Tetapi Honda mencabar segmen 150 yang dipegang oleh Yahama dengan menampilkan Motosikal Kapchai 150 keluaran mereka iait Honda RS150R.

Advertisement

Untuk mencabar Yahama, Honda datang dengan versi 150 yang lebih menarik dan berteknologi tinggi. RS150R didatangkan dengan engin 149.7 CC dengan penyejukkan cecair. Enjing empat lenjang DOHC ini mempu menghasilkan 15.6 kuasa kuda pada 9,000 rpom dan tork 13.5 Nm pada 6,500 rpm.

Berbeza dengan Y15ZR keluaran Yamaha, RS150R menggunakan system suntikan bahan api PGM-FI manakala Y15ZR menggunakan system TCI. Menurut kenyataan pengguna RS150R, bahan api yang digunakan lebih jimat. RS150R mendapat Euro 3 emissions dalam kecekapan penggunaan petrol. Tangki pada RS150R juga lebih besar dengan kapasiti 4.5 liter berbanding 4.2 liter pada Y15ZR

Berbanding Y15ZR yang mempunyai 5 kelajuan, RS150R menggunakan transmisi 6 kelajuan. RS150R juga dilengkapi dengan. Dengan kuasa 150 oleh motosikal ini, ia dilengkapi dengan system break hydraulic discs pada depan dan belakang.

Terdapat 2 pilihan variants untuk RS150R dimana advanced didatangkan dengan warna Metallic Red dan Repsol, manakala versi standard pula didatangkan dengan warna biru dan hitam. Harga runcit untuk versi standard adalah pada RM8,213.94 dan versi advanced pula pada harga RM8,374.94 (dalam RM9k lebih on the road).

Harganya lebih mahal berbanding Y15ZR tetapi review yang kami terima daripada pengguna RS150R sangat memuaskan hati mereka. Mengikut mereka, lampu yang digunakan pada hadapan adalah dari LED yang sangat terang dan sesuai untuk penglihatan waktu malam. Tapi itu lah, Honda ni enjin power tapi design agak mengecewakan.

Meter yang mereka guna adalah meter digital. Jadi kalau test dengan meter manual macam RXZ dan 125zr kena tolak 20. Contoh RS150R 150. Jadi kena tambah 20 untuk tahun kelajuan motor yang guna meter jarum.

RS150R ini telah berada di Pasaran pada bulan Ogos tahun lalu. Kalau berminat boleh ke dealer honda sekitar anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...