Honda Dedahkan Rekaan Type S Lebih Stylish Dan Sporty

Automotif

Honda Dedahkan Rekaan Type S Lebih Stylish Dan Sporty

Pada Selasa lalu, Honda telah mengejutkan dunia dengan melancarkan Acura Type S menjelang Monterey Car Week.

Tahun lepas, Honda telah mengumumkan bahawa model Acura Type S akan muncul semula selepas diberhentikan selama sedekad.

Advertisement

Acura Type S akan muncul semula

Kenyataan ini telah dibuat minggu lepas selepas syarikat tersebut memaparkan foto Type S. Model-model Type S adalah model yang lebih sporty dan mewah iaitu Acura.

Kini, nama tersebut telah kembali menerusi sebuah model Type S Concept yang akan membuat kemunculan di The Quail, a Motorsport Gathering pada 16 Ogos ini, sebelum ke Pebble Beach Concours d’Elegance Concept Lawn pada hari Ahad.

Acura adalah genarasi NSX terbaharu

Menurut Acura, Type S Concept adalah langkah asas bagi membolehkan mereka kembali dengan “Precision Crafted Performance” yang diperkenalkan kepada NSX generasi baharu.

Jenama tersebut turut mengesahkan bahawa model konsep ini adalah prebiu kepada Acura TLX generasi kedua versi Type S.
Acura TLX generasi kedua Type S

Type S Concept menampilkn elemen baharu dalam rekaan Acura termasuk lampu hadapan empat ‘mata batu permata’ LED, gril Diamond Pentagon dan lampu nyalaan siang “Chicane” (juga bertindak sebagai lampu isyarat membelok) serta lampu belakang.
Acura lampu hadapan 4 mata

Kesemuanya diinspirasikan dari kereta lumba prototaip Acura ARX-05.

Type S dikeluarkan dengan warna Double Apex Blue Pearl yang dihasilkan menerusi aplikasi pigmen nano. Warna Double Apex Blue Pearl dihasilkan untuk memperingati model-model Type S dengan warna biru, termasuk TL Type S 2007-2008.

Kereta ini direka oleh Acura Design Studio di Califronia, dan menurut jenama tersebut, dua model baharu Type S akan diperkenalkan dalam tempoh dua tahun mendatang.

Sumber: Malay Mail, Paultan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...