Baru saja cerita pasal kecanggihan aplikasi Honda CONNECT pada Honda City Rs e:HEV, kini harga kereta ini pula diumumkan Honda. Ia akan dijual pada harga RM105,950.45 tanpa insurans gais. Berbaloi ke tak?
Menurut laporan Pandu Laju, Honda City RS e:HEV ini merupakan model pertama yang mendapat pakej Honda CONNECT berasaskan teknologi telematik. Ia didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl.
Ia dikuasakan dengan enjin 1.5 DOHC i-VTEC dengan sistem dua motor hibrid berkuasa 107hp dengan tork 253Nm dengan transmisi e-CVT. Dilengkapi dengan tiga mod pemanduan iaitu EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive.
Bukan tu jer, Honda City RS e:HEV ini juga hadir dengan infotainment audio 8 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tau. Seperti yang dikatakan, ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi termaju seperti Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC), Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Sistem Mitigasi Keluar Lorong (RDM), Amaran Tukar Lorong (LDW) dan Lampu Tinggi Automatik (AHB).
Ciri keselamatan pula didatangkan dengan 6 beg udara, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Signal Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Daki (HSA) dan ISOFIX.
Apa pandangan korang gais? Design dia memang lawa gila, tapi kalau Malaysia bawa masuk yang Hatchback tu lagi cun!