Buat peminat motorsikal berkuasa tinggi yang gemarkan cabaran dan kelajuan. Anda pasti sangat gembira kerana Honda memperkenalkan model terbarunya, CBR650R dan CB650R.
CBR650R didatangkan dengan enjin lebih berkuasa dan kerangka lebih ringan berbanding model yang digantinya, CBR650F.
Enjin empat silinder sejajar CBR650R menyediakan kuasa tambahan lima peratus berbanding model terdahulu menerusi revolusi 1,000 rpm lebih tinggi.
Selain itu, kerangkanya enam kilogram lebih ringan berbanding CBR650F.
Bagi CB650R pula, model berkonsepkan Neo Sports Cafe itu diperkenalkan selepas permintaan memberangsangkan terhadap CB1000R dan CB250R yang memasuki pasaran pada tahun lepas.
Didatangkan sama dengan spesifikasi CBR650R, enjin bersesaran 649 cc pada CB650R menerima kuasa tambahan sebanyak lima peratus menerusi sistem ekzos dan pengambilan udara yang telah diubah serta pemasaan sesondol dan nisbah mampatan.
Pelancaran kedua-dua model berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda), Keiichi Yasuda sempena Malaysia Autoshow 2019 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini, hari ini.
Harga bagi CBR650R dan CB650R masing-masing RM45,499 dan RM43,499.
Kedua-dua model turut dilengkapi sistem brek antikekunci (ABS).
Seronok ni boleh jalan-jalan Genting ramai-ramailah nanti.
Sumber: Utusan Online