Honda CBR500R, CB500F,CB500X 2019 Masuk Pasaran Malaysia

Automotif

Honda CBR500R, CB500F,CB500X 2019 Masuk Pasaran Malaysia

Tiada apa yang lebih menggembirakan para peminat motosikal selain pengenalan model-model baru yang akan dilancarkan. Ada dikalangan kita yang minat untuk beli dan ada pula yang berminat untuk lihat dan mengetahui model terbaru.

Terbaru Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperkenalkan model baru CBR500R, CB500F dan CB500X 2019. Harga untuk tiga jenis model ini adalah RM34,499, RM33,999 dan RM36,099 tidak termasuk insurans.

Advertisement

Menurut  Paultan, kesemua motosikal ini dilengkapi terus dengan sistem brek ABS. Pada bahagian enjin, kesemuanya juga masih menggunakan unit sama seperti sebelum ini iaitu dengan tetapan dua silinder selari 471 cc, dengan penyejukan cecair, DOHC dan gabungan kotak gear enam kelajuan, mampu menghasilkan 49.6 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm tork pada 6,500 rpm.

Apa yang anda semua perlu tahu bahawa terdapat bahagian baru yang dinaik taraf iaitu suspensi belakang dengan larasan pra beban, klac jenis slipper and assist, semua lampu LED, panel instrumen LCD moden dengan penunjuk kedudukan gear dan shift light, ekzos, pemasaan injap (memberikan 4% lebih kuasa dan tork pada pertengahan rpm) dan penampilan.

Jika dilihat CBR500R, kedudukan pemegang jenis clip on dijadikan lebih sporty manakala fairing pula dijadikan penuh sehingga ke bawah.

Kelengkapan lain model ini yang dikongsi bersama CB500F adalah termasuk rim 17 inci, tangki bahan api 17.1 liter dan fork hadapan dengan pelarasan pra beban.

Manakala CB500X mempunyai jarak pergerakan suspensinya dijadikan lebih panjang, bersama dengan rim saiz 19 inci di hadapan, penghadang angin lebih tinggi, profail tempat duduk yang lebih kurus dan tangki bahan api 17.5 liter.


Rim belakang pula bersaiz 17 inci dan ia menggunakan tayar Dunlop Trailmax berbunga lebih kasar.

Untuk mengetahui lebih lanjut layari Boon Siew Honda Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sumber: Paultan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...