Honda CBR250RR Memasuki Pasaran Malaysia Selewat Lewatnya Pada Awal 2018

Trending

Honda CBR250RR Memasuki Pasaran Malaysia Selewat Lewatnya Pada Awal 2018

CBR250RR bukan sportbike “asas”. Ia dibina dengan kejuruteraan terkini dengan suspensi USD, mod pemanduan bolehubah, pendikit Drive by Wire, lampu LED dan merupakan penanda aras baru bagi segmen ini.

Advertisement

Sebagai perbandingan, sportbike CBR500R masih menggunakan fork depan teleskopik dan tiada pelaras elektronik riding mode. Kerana itu harga jualannya juga lebih mahal berbanding jentera lain dalam segmen nya.

Ia dilengkapi dengan enijn 4 lejang DOHC 249.7cc, 2 selinder sebaris, sejukan cecair dan sistem suntikan bahanapi. Enjin 2 selinder dengan 6 kelajuan ini dibekalkan dengan ciri istimewa, pertama seumpama dalam kategroinya. RIDING MODE, dan pendikit “Throttle drive by wire”. Ia menghasilkan 36.2HP @ 12,500 RPM, 22.5Nm @ 10,500 RPM. Tayar hadapan 110/70-17, belakang 140/70-17, Brek hadapan 310mm, belakang cakera omboh tunggal.

Di Indonesia, Honda CBR250RR dijual bermula pada harga 60 Juta (RM19,700). Sebagai perbandingan, Yamaha R25 dijual 53 Juta (RM17,400) Ia ada julat harga sekitar RM2000-RM3000. Untuk pasaran Malaysia ia mungkin dijual pada harga RM23,000 hingga RM25,000.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...