Honda Akan Guna Kamera Ganti Cermin Sisi Selaras Untuk Honda E

Automotif

Honda Akan Guna Kamera Ganti Cermin Sisi Selaras Untuk Honda E

Antara aksesori paling penting dalam sesebuah kenderaan ialah cermin sisi. Cermin sisi direka untuk melihat ke belakang. Gunakan cermin sisi, cermin pandang belakang dan melihat titik buta (blindspot) sebelum memotong. Ini kerana mungkin ada kenderaan di belakang anda yang sedang memotong dalam kelajuan tinggi.

Ramai pemandu kereta yang berkata mereka tidak boleh memandu tanpa cermin sisi. Dalam tahun 1995, Persatuan Jurutera Automotif (SAE) telah menghasilkan satu kertas kerja mengenai kedudukan cermin sisi yang mampu mengelakan titik buta (blind spots).

Advertisement

Zaman sekarang sudah semakin canggih, cermin sisi kelak akan pupus dan digantikan dengan kamera.

Dipetik dari Amanz, Honda sudah mula menggantikan cermin sisi dengan Side Camera Mirror SystemHonda E adalah  kenderaan elektrik sepenuhnya keluaran pertama keluaran mereka menggunakan sistem kamera sisi.

Dua skrin sebesar 6?  yang diletakkan di hadapan pemandu memaparkan imej dari kamera dimana anda tidak perlu lagi menelengkan kepala ke sisi untuk melihat cermin.

Perhatian anda akan diberikan sepenuhnya bahagian hadapan sepanjang masa dengan lebih selamat. Selalunya orang yang tidak boleh memandu pada waktu malam juga tidak akan menghadapi masalah selapas ini kerana masalah silau itu juga diselesaikan.

Antara kelebihan system kamera ini ialah:

Ia dilengkapi lensa sudut lebar yang menyelesaikan masalah titik buta.

Saiz “sayap sisi” untuk kamera yang lebih kecil mengurangkan rintangan udara dan bunyi bising.

Semasa hujan pengguna berasa lebih selamat untuk melihat ke belakang kerana lensa disalut bahan hidrofobik.

Lexus ES ialah kereta pertama yang menggunakan cermin sisi digital sepenuhnya. Dua skrin LCD dalam kabin kenderaan menggantikan cermin sisi.

Jadi selepas ini orang yang tidak yakin nak bawa kereta taklah takut sangat bila nak tukar lane itu.

 

Sumber: Amanz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...