“Home Remedies” Yang Terbukti Boleh Sembuhkan Parut Ekzema Pada Bayi

Trending

“Home Remedies” Yang Terbukti Boleh Sembuhkan Parut Ekzema Pada Bayi

Ekzema merupakan penyakit kulit yang kerap kali didengar dan juga dikenali sebagai dermatitis atopik. Ekzema sering kali menyerang kanak-kanak seawal usia 3 bulan. Kondisi kulit yang gatal, kering, kemerah-merahan, berkeruping serta bersisik membuatkan pesakit tidak selesa dan mengalami kesakitan tatkala mandi.

Advertisement

Ekzema sebenarnya berpunca akibat dari kegagalan penghadang kulit (skin barrier) untuk berfungsi dengan baik dalam memegang kelembapan kulit. Ini membuatkan kulit sangat senang diserang infeksi dan alergik yang memburukkan lagi keadaan.

Antara faktor yang menjadi punca ekzema terhadap bayi termasuklah :

  • Keadaan cuaca yang panas dan kering
  • Alergik kepada persekitaran yang berhabuk dan kotor
  • Penggunaan sabun dan detergen yang kuat
  • Badan yang kuat berpeluh
  • Alergik terhadap fabrik tertentu
  • Alergik terhadap barangan kemas
  • Air yang berklorin tinggi

Pakar dermatitis, Weinstein sebulat suara menyatakan bahawa ekzema tidak dapat dirawat sepenuhnya tetapi dengan cara kawalan yang betul, ekzema dapat dikurangkan. Malahan, ada pendapat yang menyatakan ekzema ‘hilang’ kira-kira 80% apabila kanak-kanak meningkat usia belasan tahun.

Disini, terdapat beberapa “Home Remedies” yang boleh digunakan bagi mengawal ekzema pada bayi dan kanak-kanak.

1.Aloe Vera : Selain daripada memberi kelembapan yang berpanjangan kepada kulit, aloe vera juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang dapat membunuh bakteria penyebar ekzema ke kawasan lain kulit. Aloe vera bukan sahaja boleh mengawal ekzema secara luaran, malahan turut digunakan secara dalaman. Krim, losyen dan gel aloe vera banyak dijual di pasaran dan ia mudah sekali untuk digunakan.

2.Baking Soda @ Serbuk Penaik : Ia berfungsi sebagai pengelupas semulajadi dan telah terbukti mampu menghilangkan parut akibat daripada ekzema. Baking soda ini turut melembutkan kawasan kulit yang kasar dan mengurangkan kegatalan. Caranya mudah, hanya perlu campurkan baking soda dengan air kemudian dilumurkan secara perlahan pada kawasan yang bermasalah. Namun, baking soda hanya boleh digunakan kepada ekzema yang kering bukan yang basah atau mempunyai luka kerana ia akan menyebabkan kepedihan.

3.Minyak zaitun : Minyak zaitun sangat kaya dengan anti-oksidan terutama “squalene” dan “tyrosol”. Kedua-dua anti-oksidan ini membantu menambahkan jumlah aliran darah ke kawasan berparut ekzema dan akhirnya memudarkan parut pada kawasan tersebut. Malahan minyak zaitun juga sangat bagus dalam melembapkan kawasan kulit yang kering serta melicinkan permukaan kulit yang kasar.

4.Cuka Epal : Cuka epal sering disebutkan sebagai bahan yang dapat membantu meningkatkan imunisasi badan. Malahan praktis meminum cuka epal telah diamalkan sekian lama oleh pelbagai golongan masyarakat dahulu kala termasuk dalam perubatan Islam sendiri. Menurut kajian, cuka epal ini juga boleh digunakan untuk kurangkan parut ekzema dengan cara meletakkan campuran cuka epal dan air di kawasan yang diserang ekzema.

5.Madu : Sejak dahulu kala lagi, madu digunakan untuk mendapatkan kulit yang bersinar dan cantik terutamanya Madu Manuka. Madu Manuka ini dipercayai dapat memberikan kelegaan kepada kawasan ekzema daripada simptom awalnya iaitu kegatalan dan kemerahan. Malahan, dengan mencampurkan madu dalam minuman juga dikatakan dapat menyembuhkan ekzema dan meningkatkan penghasilan kulit yang baru dan sihat.

6.Minyak Kelapa : Bagi mengurangkan kulit kering dan berkeruping, minyak kelapa dapat membantu memberi kelembapan kepada kulit. Penggunaan yang mudah sebanyak dua kali sehari membuatkan kulit lembap dan tiada kegatalan. Kulit-kulit yang berkeruping dan bersisik juga dikatakan mudah tanggal selepas disapukan minyak kelapa ini.

Daripada kajian kes, berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia menderita akibat ekzema, namun sehingga kini tiada satu ubat atau rawatan yang dapat menyembuhkan penyakit ekzema sepenuhnya. Pakar dermatitis sering mengesyorkan pesakit untuk sentiasa berada dalam keadaan bersih, sentiasa menggunakan pelembap, mengawal pemakanan dan mengelak atau menghapuskan faktor pencetus ekzema.

Beberapa langkah pencegahan yang boleh diamalkan bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat ekzema adalah :

  • Gunakan pelembap selepas mandi
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan badan berpeluh secara berlebihan
  • Terus mandi selepas anda bersenam atau bersukan
  • Kurangkan atau elakkan makanan yang memburukkan lagi keadaan pesakit ekzema seperti telur
  • Elakkan penggunaan bahan yang kuat seperti serbuk pencuci, sabun basuh baju dan pinggan

Bagi menghalang bayi daripada penyakit ekzema, penyusuan ibu amat digalakkan secara eksklusif sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan pertama. Kajian di Eropah membuktikan bahawa susu ibu mengandungi prebiotik yang dapat menguatkan imunisasi badan anak daripada serangan ekzema.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...