Selena Gomez nampaknya sedang berusaha untuk menyisihkan imej ‘gadis baik’nya dengan muncul seksi di muka hadapan majalah Cosmopolitan. Dia baru saja melakonkan episod terakhir untuk siri televisyen terbitan Disney, Wizards of Waverly Place yang sudah bersiaran selama 5 tahun dan diminati oleh golongan kanak-kanak dan remaja.
Perihal artis terbitan Disney cuba untuk membuang imej baik zaman kanak-kanak mereka sebenarnya pernah berlaku sebelum ini. Kalau anda masih ingat, Britney Spears pernah melakukan perkara yang sama, begitu juga dengan Vanessa Hudgens.
Dalam cover majalah yang akan diedarkan di Amerika Syarikat pada 7 Februari akan datang, gadis berusia 19 tahun ini berpose ‘berani’ mempamerkan belahan dadanya. Mengenakan gaun bermotif bunga-bunga warna merah muda tanpa lengan dengan leher terbuka, Selena tampil dengan wajah segar.
Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Selena digambarkan seperti ingin menunjukkan bahawa dirinya bukan lagi seorang remaja biasa. Gadis yang akan genap berusia 20 tahun di bulan Julai ini, kini adalah gadis belia yang semakin dewasa. Sewaktu wawancara dengan Cosmopolitan, Selena juga mendedahkan rahsia di balik kejayaannya sebagai bintang.
Saya seperti gadis 19 tahun yang lain pada umumnya. Saya jatuh cinta sepenuhnya, dan bila saya jatuh cinta saya hanya ingin pergi ke pawagam, keluar bersama teman lelaki, dan melakukan perkara normal yang lain. Saya beruntung kerana telah menemui seseorang dengan falsafah yang sama.
Sewaktu menyanyi di sebuah konsert di Puerto Rico baru-baru ini, Selena tampil dengan gaun-gaun seksi. Kekasih Justin Bieber ini juga dilihat mengenakan hotpants yang digandingkan dengan gaun berwarna ungu bagi menonjolkan kakinya yang panjang.

kuhkuhkuhkuh
February 2, 2012 at 3:13 pm
her girlfriend would be very proud
selena haters.
February 2, 2012 at 2:52 pm
blah la selena..dulu statement bukan main..’i hate sexy’..aku still ingt ayat dia.’kalau diberi pakaian yg seksi, selena akan menolah dengan lembut..’ propa habis..sape tak suka dgn statement aku lntak la..kalau org luar sexy, puji sampai melangit
Sailormun
February 2, 2012 at 2:30 pm
Skrg2 nya Britney dah berubah.. Tp artis Malaysia. Makin Di tegur,makin mjadi2 seksi nya. :/
nmpk jauh,tp dekat
February 2, 2012 at 2:15 pm
comel sangat.. alah bese lah omputih.. tak heran diaorg pkai ape.. mmg dh ter biasa dari kecik.. tapi kalau artis malaysia pakai.. itu luar biasa.. tp itu lah berlaku skrg.. byk artis yg seksi sgt.. klo tk artis pon. ank muda di mlaysia.. tak rasa malu lansung.. mana peginya maruah diaorg..
boy
February 2, 2012 at 2:09 pm
lorr..awat sensored kan bhgian tuh? potong stim tol arr..