(HOLLYWOOD)Joe Jackson, Bapa Michael Jackson Kini Hanya Jual Minyak Wangi Murah

Hiburan

(HOLLYWOOD)Joe Jackson, Bapa Michael Jackson Kini Hanya Jual Minyak Wangi Murah

Walaupun telah meninggal dunia pada tahun 2009, populariti dan and legasi Michael Jackson cukup kuat untuk membiayai kesemua ahli keluarganya. Tetapi realitinya, ia tidak berlaku, apabila ada ahli keluarga terdekat Michael Jackson bekerja keras untuk terus hidup.


Seperti yang dilaporkan oleh Dailymail, Joe Jackson, bapa Michael, ditangkap gambarnya oleh kamera CCTV sedang menjual minyak wangi murah di salah sebuah gedung membeli belah yang terletak di Las Vegas. Dia tidak berniaga di kedai mewah seperti kebanyakan selebriti, tetapi hanya di sebuah kiosk kecil di sudut yang tiada pengunjung.

Gambar-gambar yang diambil oleh TMZ menunjukkan warga emas ini hampir tertidur kerana tiada pelanggan. Ini agak ironik kerana lelaki inilah yang membesarkan Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga mencapai nama besar, tetapi di penghujung usia dia hanya menjadi penjual minyak wangi murah.

Joe Jackson juga kelihatan tidak banyak muncul di khalayak semenjak kematian Michael. Dia seolah-olah memencilkan dirinya, tidak seperti ahli keluarga yang lain.

Advertisement

***

UJIBAKAT TERBUKA pencarian ahli-ahli baru PERMATA Seni Tari yang akan diadakan pada 11-12 Februari 2012 (Sabtu & Ahad) bermula jam 10.00 Pagi -5.00 petang bertempat di Taman Budaya JKKN W.P.K.L, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur.

Pencarian bakat anak-anak kecil PERMATA Seni Tari kini bermula. Serlahkan bakat anak anda di pentas dunia sebagai Duta Kecil Negara.Jangan lupa tarikh uji bakat pada Sabtu dan Ahad ini. Jumpa anda di sana!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...