Walaupun telah meninggal dunia pada tahun 2009, populariti dan and legasi Michael Jackson cukup kuat untuk membiayai kesemua ahli keluarganya. Tetapi realitinya, ia tidak berlaku, apabila ada ahli keluarga terdekat Michael Jackson bekerja keras untuk terus hidup.
Seperti yang dilaporkan oleh Dailymail, Joe Jackson, bapa Michael, ditangkap gambarnya oleh kamera CCTV sedang menjual minyak wangi murah di salah sebuah gedung membeli belah yang terletak di Las Vegas. Dia tidak berniaga di kedai mewah seperti kebanyakan selebriti, tetapi hanya di sebuah kiosk kecil di sudut yang tiada pengunjung.
Gambar-gambar yang diambil oleh TMZ menunjukkan warga emas ini hampir tertidur kerana tiada pelanggan. Ini agak ironik kerana lelaki inilah yang membesarkan Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga mencapai nama besar, tetapi di penghujung usia dia hanya menjadi penjual minyak wangi murah.
Joe Jackson juga kelihatan tidak banyak muncul di khalayak semenjak kematian Michael. Dia seolah-olah memencilkan dirinya, tidak seperti ahli keluarga yang lain.
***
dm
February 9, 2012 at 12:34 am
dah agak dah… nara ambik cerita dari dailymail je slama ni utk citer luar negara kan? Mcm kisah si miley cyrus tu… sebijik macam dailymail, cuma translate je.
serenity
February 9, 2012 at 8:41 am
Rasanya mana2 akhbar kat Malaysia pun translate saja, selagi dinamakan sumber dari mana, tak ada masalah. Kalau awak nak tengok, ini semua website luar negara yang mengambil berita Daily Mail, mereka hanya copy paste saja.
Website luar negara boleh, laman web gosip luar negara boleh, takkan kami kena pegi ke US untuk cari berita. Sekurang2nya kami ada usaha translate sendiri.
Just my two cents
February 9, 2012 at 10:20 am
Good job. Positif pada teguran.
subahanallah…. cantiknya Siti Nurhaliza menutup aurat
February 8, 2012 at 11:42 pm
dia ne ada kes dulu dengan anak2 dan ahli keluarga dia yang lain. last2 terkontang kanting. sebab orang kata keluarga jackson sibuk dok kerja harta michael.
Bobo
February 8, 2012 at 8:41 pm
mesti ada sebab kenapa dia diabaikan..
bebesouthpark
February 10, 2012 at 1:27 am
sebab dia besarkan anak untuk anak jadi hamba dia. dia ni lah yang bertanggungjawab musnahkan childhood michael, sampaikan michael membesar jadi budak kecik terperangkap dalam bdn org besar. michael wariskan anak2 dia dkt mak (bkn bapak) dia sebab ni lah, cos dia tak percaya dah dgn bapak dia.
so kepada mak bapak yang sibuk sangat nak paksa anak2 kecik keja kuat2 jadi pelakon penyanyi tuh, korang fikir sendiri. effect nya dekat korang dgn anak korang jugak. never rob your child of their childhood
ngokngek
February 8, 2012 at 7:50 pm
bagus…xgiler glamor..
winnie
February 8, 2012 at 7:39 pm
sedihh;(
Pekerja KFC yang menumbok customernya sebab ayam habis
February 9, 2012 at 5:13 pm
papa jackson :(