Satu rangka manusia yang mendakwa dia ialah Demi Moore telah muncul di tayangan perdana filem Margin Call malam semalam dan dia masih memakai cincin perkahwinannya, menandakan dia masih belum menyingkirkan Ashton Kutcher dari hidupnya.
Demi baru-baru ini dikatakan mengambil keputusan untuk bercerai dengan Ashton kerana mendapati lelaki itu curang dengannya, malah siap ada rakaman video lagi kecurangan Ashton itu. Kebanyakan perempuan kalau suami atau teman lelaki mereka curang dan hubungan tersebut diketahui orang ramai memang akan jadi kurus kering ke? Perkara yang sama berlaku pada Maggie Cheung, Aktres Hong Kong yang kecewa kerana teman lelakinya berbangsa Jerman telah curang dengan beberapa orang perempuan lain.
Kalau dah sampai nampak tulang-temulang, dah tak cantik lagi. Tapi bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Harap-harap mereka berdua akan kembali solid selepas ini.