Hollywood Ada #TeamMarvel, Kita Ada #Team8Rakaat Dan #Team20Rakaat

Trending

Hollywood Ada #TeamMarvel, Kita Ada #Team8Rakaat Dan #Team20Rakaat

Setiap tahun ketika bulan Ramadhan, salah satu masalah utama yang sering dihadapi ialah kesesakan trafik ketika melakukan solat terawih. Seperti yang diketahui, kita boleh menunaikan solat terawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat mengikut kemampuan masing-masing.

Yang menjadi masalah di masjid-masjid dan surau-surau ialah apabila mereka yang bersembahyang 20 rakaat ini telah menghalang/double parking kereta mereka yang telah selesai solat 8 rakaat. Habis ditekan semua hon dan kadangkala, maki hamun pun keluar juga. Iyerlah takkan nak kena tunggu sampai diorang habis sembahyang baru boleh balik rumah kan?

Advertisement

solat terawih

Untuk mengatasi masalah ini, pihak Masjid Wilayah Persekutuan bertempat di Jalan Duta telah muncul dengan satu idea yang sangat sempoi tetapi bernas. Mereka telah membuatkan pembahagian parking kepada jemaah yang bersolat 20 rakaat dan jemaah 8 rakaat dengan penggunaan nama “Team 20 Rakaat” serta “Team 8 Rakaat”.

solat terawih

solat terawih

solat terawih

Kalau tak silap, Masjid Wilayah Persekutuan turut menyediakan tempat bermain untuk anak-anak. Jadi ibu bapa yang hadir bersolat terawih boleh menunaikan solat dengan tenang, tanpa risau anak-anak berlari menganggu jemaah lain. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Masjid Wilayah yang sentiasa mengambil inisiatif untuk mengimarahkan lagi masjid kita. Semoga usaha sebegini akan dicontohi oleh masjid-masjid dan surau-surau lain. Sumber Twitter @IkarBertweet.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...