“Hodoh Sangat Ke Gelap?!” – Panggil Anak Kulit ‘Hangus’, ‘Founder’ Dikecam Bagi Anak ‘Consume’ Kolagen Untuk Putih

Kehidupan

“Hodoh Sangat Ke Gelap?!” – Panggil Anak Kulit ‘Hangus’, ‘Founder’ Dikecam Bagi Anak ‘Consume’ Kolagen Untuk Putih

Seorang usahawan produk kecantikan dikecam ramai netizen gara-gara memuat naik sebuah video mempromosikan produk ‘pemutih’ menggunakan anaknya.

Menerusi video dimuat naik di Facebook itu, ‘founder’ wanita berkenaan telah menunjukkan perbezaan warna kulit anaknya sebelum dan selepas mengamalkan minuman tersebut.

Advertisement

Perbezaan tersebut adalah pada jarak 3 tahun di mana gambar sebelum adalah ketika anaknya yang bernama Zahara itu pada usia 11 tahun dan selepas iaitu ketika dia berumur 14 tahun.

3 years ago

“Naik Bulu Roma!!!”- Beli Beg Arwah ‘Founder’ Kosmetik, Wanita Terkejut Jumpa Buku Jampi

Ramai netizen di Facebook mengecam tindakannya kerana menggunakan anak atas tujuan ‘marketing’. Selain itu, ada juga yang mengkritik kerana dia seolah-olah memberi gambaran bahawa berkulit gelap itu tidak cantik.

Segelintir turut menegur ‘founder’ ini kerana membiarkan anak yang masih muda umurnya, ‘consume’ produk berkenaan selain risaukan buah pinggang kanak-kanak tersebut.

Bagaimanapun, lain pula reaksi dan respon netizen di aplikasi TikTok di mana rata-ratanya bertanya tentang produk tersebut.

Agak ramai yang menunjukkan minat untuk mendapatkan produk memutihkan kulit itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...