HMAV 4×4 Perisai Buatan Tempatan, MILDEF Rancang Tubuh ‘Defend City’ Di Dengkil

Automotif

HMAV 4×4 Perisai Buatan Tempatan, MILDEF Rancang Tubuh ‘Defend City’ Di Dengkil

Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) telah melancarkan kenderaan nasional berperisai mobiliti tinggi empat roda (HMAV 4×4) buatan tempatan pertama secara tertutup seawal Februari lalu.

Rata-rata masyarakat memberikan pujian kerana anak Malaysia berjaya membina kenderaaan berperisai lengkap dengan teknologi canggih dan bertaraf antarabangsa.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata, dalam tempoh lima tahun akan datang, Mildef mahu menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar kenderaan pertahanan utama di Asia Tenggara.

HMAV 4x4

Mengulas lanjut, 70% pembinaan HMAV 4×4 adalah daripada kepakaran tempatan, manakala selebihnya adalah daripada kerjasama pihak ketiga.

“Industri kenderaan pertahanan mampu melonjakkan lagi ekonomi negara dalam pembuatan kenderaan, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta peralatan tulen (OEM). Ia juga akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan selain meningkatkan kemahiran tenaga kerja mahir tempatan melalui perkongsian dengan pihak lain”.

Sehingga kini, Malaysia masih tidak mempunyai kenderaan pertahanan yang mampu menyelesaikan cabaran sokongan kerana terlalu bergantung kepada pembekal antarabangsa.

HMAV 4x4

Tambahan, Mildef masih lagi dalam proses perbincangan akhir bagi pemilikan tanah di Dengkil, Selangor bagi membina kemudahan pengeluaran utama yang dikenali sebagai ‘Defend City’.

Datuk Seri Mohd Nizam juga yakin ianya mampu menepati standard yang ditetapkan oleh pasukan tentera di dunia lebih-lebih lagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melakukan ujian pada minggu lalu.

“HMAV 4×4 pada minggu lalu sudah diuji oleh ATM dan melalui pelbagai struktur jalan dan cabaran darat dan air. Berdasarkan maklum balas awal, mereka berpuas hati dengan kemampuan HMAV 4×4”.

HMAV 4x4

“HMAV 4×4 dicipta sesuai dengan kehendak muka bumi dan iklim negara serantau”.

Kapasiti pengeluaran HMAV 4×4 mampu dipertingkatkan sebanyak 100 buah unit setahun berbanding 30 hingga 50 buah apabila fasiliti yang dirancang siap semuanya.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...