Hizbut Tahrir Di Fatwakan “Sesat”, Kumpulan Islam Ini Failkan Tindakan Undang-Undang Cabar Fatwa

Trending

Hizbut Tahrir Di Fatwakan “Sesat”, Kumpulan Islam Ini Failkan Tindakan Undang-Undang Cabar Fatwa

Sebuah kumpulan Islam memfailkan tindakan undang-undang untuk mencabar fatwa yang mengatakan ia sebagai sesat. Kumpulan berkenaan, Hizbut Tahrir juga mahu mufti Selangor dan pihak berkuasa agama memohon maaf kepadanya.

Advertisement

Jurucakap kumpulan itu, Abdul Hakim @ Ramizu Othman, memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Semakan kehakiman memohon perintah Mahkamah Syariah untuk penarikan fatwa bertarikh 17 Sept 2015.
Fatwa itu diwartakan di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri 2003.

Semakan kehakiman menamakan Mufti Selangor Datuk SeriTamyes Abd Wahid, Jawatankuasa Fatwa, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai responden.

Hakim juga mahu Tamyes dan Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada Hizbut Tahrir dalam akhbar tempatan berhubung penerbitan fatwa.

“Kami juga mahu Mais dan Jais memerintahkan masjid di Selangor menurunkan sebarang poster fatwa atau kain rentang berhubung Hizbut Tahrir,” menurut dokumen itu.

Hakim juga memohon perintah Mahkamah Syariah untuk Jais menggembalikan komputer riba yang dirampas daripadanya.

Hizbut Tahrir diasaskan pada 1953 di Palestin dan membantu memperjuangkan cara hidup Islam dengan melaksanakan undang-undang agama.

Kumpulan itu merupakan idea ulama Islam Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani.

Cawangan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1990-an.

Dalam satu kenyataan di laman web bertarikh 28 Jun, Hizbut Tahrir berkata ia bingung dengan keputusan jawatankuasa fatwa.

Fatwa dibuat bertentangan dengan prinsip Islam dan ia adalah fatwa politik yang penuh dengan pembohongan,” dakwanya.

Menurut kenyataan itu, Hizbut Tahrir bukan kumpulan sesat dan ahli berpegang kuat kepada iman mereka.
Ketika dihubungi FMT, Presiden Persatuan Peguam Sharie Malaysia, Musa Awang berkata prosedur semakan kehakiman di Mahkamah Syariah sedikit berbeza daripada mahkamah sivil.

“Bagi Mahkamah Syariah, seseorang perlu memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama afidavit sokongan.

“Kemudian dokumen mahkamah perlu disampaikan kepada responden yang dinamakan dalam dokumen,” katanya sambil menambah pihak lain akan membalas dalam afidavit.

Proses ini tidak seperti di mahkamah sivil, jika seseorang \mahu mencabar keputusan mana-mana institusi atau badan, terlebih dahulu perlu mendapatkan kebenaran mahkamah.

Musa berkata cabaran undang-undang oleh Hizbut Tahrir adalah pertama difailkan di Mahkamah Syariah selepas Dewan Undangan Negeri meluluskan pindaan terhadap Enakmen Pentadbiran Islam.

Pindaan ini membolehkan Mahkamah Syariah negeri mendengar kes semakan kehakiman yang mencabar keputusan pihak berkuasa agama negeri.

Sumber : FMT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...