June 1st, 2020

Umum sedia maklum bahawa pengacara dan juga pelakon iaitu Zulin Aziz telah melalui transformasi yang mengagumkan apabila berjaya mengurangkan berat badannya sehingga berjaya menjadi ramping. Hebat!

Dek ramai peminat yang meminta tips daripada Zulin kerana kejayaan ini, wanita tersebut telah memuat naik kata-kata semangat kepada semua orang yang mengalami nasib yang sama di laman Twitter.

zulin aziz

Pengacara itu menekankan kepentingan mencintai diri sendiri dahulu sebelum melakukan sebarang perubahan. Walaubagaimanapun frasa ‘hitam pun boleh putih’ yang digunakan oleh Zulin nyata menimbulkan rasa kurang senang sesetengah netizen.

Bagi mereka, tidak semestinya putih sahaja yang menawan dan patut menjadi kayu ukur kepada kecantikan seseorang. Kenyataan wanita itu sepertinya ingin menyatakan warna kulit yang sedikit gelap adalah bermasalah.

kulit putih zulin aziz kulit putih zulin aziz kulit putih zulin aziz kulit putih zulin aziz kulit putih zulin aziz

Rata-rata netizen menyuarakan keperluan untuk rakyat Malaysia mengubah mentaliti bahawa kulit bertona gelap adalah buruk dibandingkan dengan yang cerah. Asalkan kulit sihat, apa-apa tona warna pun tiada masalah!

zulin aziz

Dalam ada itu, mereka juga meminta agar Zulin mempelajari daripada kesilapan tersebut dan menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti untuk menyuarakan kenyataan bahawa bukan kulit cerah sahaja yang menawan.

Hitam ke putih ke, semuanya cantik!

Sumber: Twitter


One response to ““Hitam Pun Boleh Jadi Putih” – Kenyataan Zulin Aziz Mengenai Warna Kulit Jadi Perdebatan Netizen”

  1. siti says:

    bila diri dah rasa cantik, itu yang bagi kata-kata macamtu, hitam jadi putih….. kalau hitam manis tak cantik ke? please la

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...