Hitachi-GE Nuclear Energy LTD Perbaharui Perjanjian, UKM Dan Uniten Tawar Program Tenaga Nuklear

Trending

Hitachi-GE Nuclear Energy LTD Perbaharui Perjanjian, UKM Dan Uniten Tawar Program Tenaga Nuklear

Hitachi-GE Nuclear Energy LTD dari Jepun telah memperbaharui perjanjian dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) untuk menjalankan program pembangunan sumber manusia antarabangsa bagi tenaga nuklear.

Advertisement

Ia akan dilakukan dengan memanfaatkan kursus yang dijalankan bersama Institut Teknologi Tokyo (Tokyo Tech) tempoh lima tahun yang lepas.

Kursus yang pernah disertai lebih 2,000 individu di Asia Tenggara dan wilayah di luarnya menyasarkan pengkhususan, penyelidikan dan kepakaran dalam tenaga nuklear dari institusi yang terlibat dengan industri tenaga nuklear di Malaysia, kata Hitachi-GE petik World Nuclear News.

“Pembangunan sumber manusia melibatkan pendidikan dan latihan dalam tenaga nuklear menjadi permintaan ekoran keperluan memindahkan teknologi secara berkesan dan pengetahuan lain yang dibina oleh negara-negara berpengalaman dalam pembinaan dan operasi loji kuasa,” kata Hitachi-GE.

Pada 2008 susulan kenaikan harga bahan api fosil yang mana lebih 90% bergantung kepada keperluan elektrik, kerajaan Malaysia memilih untuk menubuhkan satu pasukan petugas bagi membuka peluang untuk industri tenaga nuklear.

Pada awal 2010, kerajaan memperuntukkan AS$7 bilion untuk membina loji jana kuasa dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air diarahkan untuk mengenal pasti lokasi sesuai untuk lapan tapak.

Pada Januari 2011, Malaysia Nuclear Power Corporation di bawah Program Transformasi Ekonomi Baru diarah menerajui pengaturan loji kuasa nuklear dalam jangka masa 12 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...