Pelakon yang berasal dari Singapura, Hisyam Hamid yang mula mendapat nama setelah berlakon dalam salah satu drama yang popular, Ariana Rose yang disiarkan di TV3 pada 2014.
Sejak dari itu, Hisyam mendapat perhatian dari pelbagai syarikat produksi yang mengambilnya sebagai hero di dalam drama.
Namun perhatian yang beliau dapat kini sudah tidak serancak seperti awal-awal kerjayanya, dirinya sudah tidak kelihatan berada di dalam drama TV3 lagi.
Walau bagaimanapun, Hisyam membuktikan dirinya tidak mempunyai masalah dengan TV3 setelah hampir tujuh tahun tidak muncul di kaca TV3, Hisyam kembali dengan drama terbaru Cukup Derita diadaptasi dari novel karya Siti Rosmizah yang diarahkan oleh Along Kamaludin dan diganding dengan Ruhainies buat kali pertama.
Ketika ditemubual bersama BH Online, Hisyam berkata,
Ini kerana saya mengikat kontrak selama enam tahun dengan Astro. Seperti yang diketahui, saya tidak boleh berlakon dalam stesen televisyen (TV) lain selama terikat dengan kontrak. Bagaimanapun, kontrak saya tamat, tahun lalu.
Alhamdulillah, saya kembali membintangi drama terbitan TV3. Tak mungkin saya dapat melupakan jasa TV3 yang pernah memperkenalkan nama saya menerusi drama Ariana Rose.
Hisyam turut berkata dirinya juga terkesan dengan pandemik COVID-19, apatah lagi bila dirinya tersangkut di Singapura selama beberapa bulan, tahun lalu.