Histeria “Cakar Harimau” Di SK Pasoh 3 Jadi Misteri, Masih Berlarutan Sejak Ogos

Trending

Histeria “Cakar Harimau” Di SK Pasoh 3 Jadi Misteri, Masih Berlarutan Sejak Ogos

Utusan Online melaporkan, kejadian misteri di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasoh 3 berlarutan apabila sebahagian murid tahun tiga, empat, lima dan enam diserang histeria pada jam 9.15 pagi hampir setiap hari sejak Ogos.

Advertisement

Lebih teruk, murid yang diserang gangguan itu menunjukkan perangai seperti harimau dengan mencakar-cakar dinding dan bergaduh sesama mereka setiap kali diserang histeria.

Ekoran kejadian ini, menyebabkan kira-kira 24 guru dan 237 murid di sekolah berkenaan terpaksa berhadapan dengan detik yang menakutkan hampir setiap hari.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pasoh 3, Yusof Mas Muda (gambar kecil) berkata, serangan histeria itu bermula dengan kejadian seorang murid perempuan mengadu sakit perut pada waktu rehat, 5 Ogos lalu.

“Murid itu kemudian diserang histeria. Situasi itu kemudian melarat kepada murid lain hampir setiap hari.

“Sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan murid akan diserang histeria hampir setiap hari.

Kosmo! difahamkan, sekumpulan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengunjungi sekolah itu pagi semalam untuk melakukan siasatan berhubung peristiwa itu.

Wartawan Utusan Malaysia yang membuat tinjauan melaporkan, di sekolah itu hari ini melihat bagaimana murid terbabit bagaikan dirasuk bermula jam 11 pagi.

Salah seorang murid lelaki  tahun empat tiba-tiba muntah manakala salah seorang murid perempuan tahun lima yang tidak sedarkan diri berkelakuan seperti harimau.

Murid perempuan itu merangkak-rangkak di atas lantai dan mengaum seperti harimau sebelum melompat ke atas meja seolah-olah mahu menerkam mangsa.

Pihak sekolah turut menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam bagi mengatasi masalah yang berlaku saban hari di sekolah itu sejak Ogos lalu.

Sumber: Kosmo!Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...