Hishammuddin Perjelas Isu Rentas Daerah Dan Negeri Bagi Golongan Bujang

Trending

Hishammuddin Perjelas Isu Rentas Daerah Dan Negeri Bagi Golongan Bujang

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan beberapa kelonggaran kepada individu yang sudah lengkap menerima vaksin termasuklah untuk pergerakan rentas daerah dan negeri.

5 bulan lalu

Ibubapa Dinasihat Untuk Fikir Panjang Bawa Anak Belum Divaksin Makan Di Kedai

Advertisement

Walau bagaimanapun, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat bagaimana pula mereka yang bujang yang ingin berjumpa dengan ibubapa?

Hal ini demikian kerana kelonggaran pergerakan rentas negeri diberikan kepada ibubapa yang sudah lengkap divaksin berjumpa dengan anak-anak di bawah 18 tahun serta pasangan suami isteri jarak jauh.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan perlu mempertimbangkan pelbagai perkara.

Ini termasuklah risiko yang tinggi sebelum membenarkan individu berusia lebih 18 tahun lengkap divaksin merentas daerah atau negeri untuk berjumpa ibubapa.

Advertisement

Pihaknya memberi pendekatan awal dengan membenarkan ibubapa bertemu dengan anak mereka di bawah 18 tahun yang tinggal berasingan.

“Risiko terlalu tinggi jika benarkan semua golongan bujang rentas negeri”. – Datuk Seri Hishammuddin 

Jika kelonggaran ini dibuka kepada golongan bujang, jumlahnya begitu besar dan risiko yang terpaksa dipikul terlalu tinggi.

Masalah akan timbul jika ramai yang tak disiplin dan tak patuh SOP

Tambahnya, jika kelonggaran ini dibuka kepada individu bujang ianya akan menimbulkan masalah lain jika ramai yang tak disiplin dan tak patuh SOP.

Dalam pada itu, penjelasan beliau itu mendapat pelbagai rekasi dalam kalangan masyarakat yang menyuarakan pendapat mereka menerusi laman Twitter.

kelonggaran rentas daerah dan negeri

Warganet mempertikai perbezaan individu bergelar bujang dan yang sudah berkahwin untuk melakukan pergerakan rentas daerah dan negeri. 

kelonggaran rentas daerah dan negeri kelonggaran rentas daerah dan negeri

Advertisement

Pun begitu, jika pendekatan yang dilakukan sekarang dapat dijayakan dan keputusan itu tidak menyebabkan jumlah kes Covid-19 meningkat, kelonggaran tersebut akan diberikan kepada mereka yang bujang.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...