October 19th, 2020

Tidak diduga bahawa tindakan pelakon Ramona Zamzam berkongsi sekeping foto di mana dia menghisap shisha di tepian pantai menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

ramona zamzam hisap shisha

Kata mereka, perbuatan yang ditonjolkan oleh wanita itu tidak sopan dan tidak seharusnya dikongsi kepada orang ramai.

“Buruknya nampak hisap shisha tu. Apalah hendak dibanggakan sangat dengan hisap shisha tu.”

Tidak berdiam diri, Ramona Zamzam kemudiannya terus menyangkal dakwaan yang dilemparkan oleh sesetengah netizen tersebut.

Baginya, tindakan menghisap shisha bukanlah sesuatu yang membanggakan namun ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidupnya kini.

“Saya berkahwin dengan lelaki warga Palestin. Menghisap shisha menjadi rutin kehidupan kami.”

ramona zamzam hisap shisha

Malah keluarga suaminya juga turut sama mengamalkan gaya hidup ini.

“Emak mertua juga sediakan shisha selepas bernikah. Bahkan kakak ipar akan datang ke rumah saya untuk menghisap shisha sekiranya suaminya keluar be­kerja.”

Ujar Ramona lagi, dia tidak meminta orang di luar sana supaya menyukai amalan tersebut dan dia hanya mahu berkongsi aktiviti hariannya dengan peminat.

Sumber: Kosmo!


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...