Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini telah membuat satu hantaran balas untuk ditujukan kepada bekas ibu mentuanya.
Kecewa dengan sikap mak mentua
Dalam hantaran di Instagram milik @bellaastillah, dia telah meluahkan rasa kecewa dengan sikap bekas ibu mentuanya yang telah masuk campur dalam hal keluarganya.
Sudah lama Bella berdiam diri selepas kisah di antara dia dan bekas suaminya, Aliff Aziz, namun dikatakan ibu mentuanya sering memerlinya di Instagram.
Saya bersabar setiap hari. Kamu sindir saya setiap hari walaupun kamu cakap itu adalah posting general tapi rakyat Malaysia cukup bijak even mereka sendiri tahu itu semua untuk saya. Saya telan semuanya.
View this post on Instagram
Dalam hantaran tersebut, Bella juga telah menegaskan bahawa dia tidak pernah menghalang Aliff untuk berjumpa dengan anak-anaknya walaupun mereka sudah bercerai.
Aliff dan keluarga tak mohon maaf
Walau bagaimanapun, tersimpan rasa kecewa dalam dirinya apabila mengetahui tentang perbualan di antara Aliff Aziz dan Ruhainies yang cuba untuk menjatuhkannya.
Tapi itu sebelum saya dapat tahu AA dan R merancang untuk menjatuhkan saya, mengutuk saya dan menyebarkan aib saya. Ingat saya ini tak ada perasaan?
Apa yang lebih mengecewakan, apabila Bella mendakwa bekas ibu mentuanya itu telah membuang nombor telefonnya dari goup Whatsapp keluarga, tanpa memberi Bella peluang untuk menjelaskan apa-apa.
Difahamkan juga, sehingga kini keluarga Aliff tidak pernah memohon maaf kepada beliau, malah mereka memerli Bella dengan membuat video-video sakarstik di media sosial.