Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hina Petugas Kesihatan, Azwan Ali Didenda RM17,000

azwan ali didenda rm17,000

Pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, didenda RM17,000 serta diperintah membuat permohonan maaf secara terbuka oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik video menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.

azwan ali didenda hina petugas kesihatan

Advertisement

Azwan dituduh memuat naik video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan memperlekehkan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika dia gagal membayar denda itu.

azwan ali didenda rm17,000

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Hospital Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung tindakan pengacara itu yang memuat naik semula kenyataan penyanyi Dayangku Intan yang mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan oleh petugas hospital berkenaan pada pertengahan Mac lalu.

Advertisement

azwan ali

Tidak lama seleps itu, Azwan tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kata-katanya dan dia berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. alfie

    March 27, 2020 at 4:44 pm

    Dah kena level! Dah kena level! Kau ada kena saman? Kau ada duit? Hanjinggg!?

  2. Aliva

    March 27, 2020 at 4:41 pm

    Peringatan untuk yg lain juga agar tidak mudah mngeluarkan kata2 kesat & maki hamun.

  3. Anonymous

    March 27, 2020 at 3:57 pm

    kerna mulut badan binasa. sudah2 lah dgn sumpah seranah tu. tak ke mana pn. harap berubah selepas ni

  4. Anonymous

    March 27, 2020 at 3:41 pm

    ko srp lepas tak????

  5. Anonymous

    March 27, 2020 at 3:19 pm

    Served u right!!!!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama