Hina Najib di Ruangan Komen Facebook, Seorang Engineer Ditahan SKMM

Trending

Hina Najib di Ruangan Komen Facebook, Seorang Engineer Ditahan SKMM

_84521267_84521263

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menahan seorang jurutera berusia 26 tahun dalam operasi bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kerana telah memuat naik komen yang bersifat jelik dan menghina Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak di laman Facebook sebuah portal berita baru-baru ini.
Berdasarkan aduan yang diterima, suspek telah memberikan komen sedemikian sebagai reaksi kepada artikel yang dimuatnaik oleh portal Malaysiakini di laman Facebook portal tersebut pada 25 Mac 2016 yang lalu.

Advertisement

Dalam siasatan yang dijalankan, rakaman kenyataan suspek telah diambil di pejabat MCMC di Cyberjaya pada 28 Mac 2016.

Telefon bimbit jenama Asus dan kad sim milik suspek juga telah disita untuk membantu siasatan. MCMC akan memanggil lagi beberapa individu yang telah dikenalpasti dalam waktu terdekat untuk membantu siasatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...