Agak menyepi sejak kebelakangan ini selepas dihimpit pelbagai kontroversi, ramai yang sangka mungkin pelakon Fathia Latiff sedang mencari ketenangan dan cuba untuk muhasabah diri agar sentiasa positif.
Tiba-tiba, namanya kembali hangat diperkatakan apabila didakwa sengaja cari pasal dengan orang awam pula. Kenapa pula ni?
Menerusi laman Twitter, seorang netizen berang apabila Fathia dikatakan bersikap biadab dengan menghina bulu keningnya bersepah. Pada awalnya, Fathia menghampiri gadis itu untuk bertanya arah sebuah kedai, tetapi tiada angin dan tiada ribut, Fathia tiba-tiba mengeluarkan kata-kata mengguris hati berunsur penghinaan terhadap mengkritik bentuk kening gadis tersebut.
“Mulut macam longkang”
“Bergelar artis bukan tiket untuk berlaku kurang ajar”
“Tidak patut kutuk orang”
Respon Fathia
Bagaimanapun, Fathia sedikit pun tidak rasa menyesal dengan tindakannya itu mahupun terkesan dengan segala kecaman yang dilemparkan kepadanya.
Entah apa lah masalahnya sehingga timbul isu begini, nama Fathia seakan tidak boleh lekang dengan kontroversi. Kami pun tidak tahu nak komen apa lagi.