Pelakon Intan Najuwa tampil tegas di media sosial selepas mendedahkan bahawa beliau bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna yang didakwa memfitnah dan mengganggu keluarganya.
Dalam kenyataan tegas di Threads, Intan memberi amaran kepada individu di belakang akaun seorang individu, meminta beliau memberi respon dalam masa 24 jam.

Whoever knows the person behind @alinsixtyfifth, please let her know she has 24 hours to respond to me. I’ve already messaged her and sent a LOD. But no response from her.
Menurut Intan, mengata atau bercakap buruk mengenai dirinya mungkin boleh diterima, tetapi mengheret dan mengganggu keluarganya adalah sesuatu yang tidak akan ditoleransi sama sekali.
Talking bad about me is one thing, but dragging and harassing my family is something I’ll never tolerate.
Beliau menegaskan bahawa walaupun dirinya jarang ambil kisah hal orang lain, perbuatan membuli siber terhadap keluarganya memaksa beliau mengambil langkah lebih serius.
I don’t bother people, but if you come after my family with cyberbullying, then you’re dealing with the wrong person.
Intan turut menegaskan bahawa beliau sanggup menanggung apa sahaja kos untuk membawa isu ini ke muka pengadilan.
Netizen kini menunggu perkembangan lanjut, sementara ramai menyokong tindakan Intan mempertahankan maruah diri serta keluarganya daripada fitnah dan gangguan siber.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
