Mana-mana individu yang cuba untuk mengaibkan gambar pemimpin negara atau pun menjadi penyebar gambar berkenaan bakal berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun, atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.
Mereka akan didakwa dibawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana akta ini turut menetapkan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
“Saya memberi amaran kepada pengguna media sosial yang berbuat sedemikian dengan tujuan menggunakan platform komunikasi itu bagi tujuan mengancam dan memburukkan orang lain khususnya pemimpin negara,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid, lapor BERNAMA.
Di dalam Seksyen 233 adalah dilarang seseorang menggunakan kemudahan rangkaian atau perhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk membuat, mewujudkan, meminta-minta, dan menghantar komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, mengianayai, mengugut atau mengganggu orang lain.
Selain itu Rashid turut berkata, pihak polis akan menyiasat dan bertindak keatas pengguna laman sosial yang mengugut untuk melancarkan serangan bom di sekitar ibu negara termasuk kediaman Perdana Menteri.