Kecoh di platform X semalam, kisah seorang lelaki yang sedang jogging tercedera apabila dirinya terpijak paku yang ada di bahu jalan.
Tanam paku di bahu jalan
Hal yang membuatkan situasi tersebut menjadi perhatian kerana paku tersebut ditanam di atas bahu jalan.
Nak jogging dekat bahu jalan pun tak selamat dah. Ada orang gila tanam paku. Mungkin dia target kereta/motor. Hati-hati lah guys.
— Yid (@callmeyid) April 27, 2024
Sememangnya lelaki terbabit berasa kesal atas tindakan ‘orang gila’ menanam paku sesuka hati, dimana membahayakan banyak pihak seperti kereta dan juga motor.
Bahayakan banyak pihak
Susulan itu, dia membuat laporan polis kerana ia sememangnya boleh mencederakan orang lain jika dirinya hanya berdiam diri tanpa dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Netizen yang melihat ciapan tersebut turut berasa berang dengan tindakan ‘orang gila’ tersebut kerana tidak bertanggungjawab dan mendoakan agar dia hidup dalam keadaan tidak tenteram.