Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hina Arwah Anak Dan ‘Body Shaming’ Cik B, DSV Saman Malu Terhadap Azwan Ali

dsv saman azwan ali

Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengemukakan saman malu terhadap Azwan Ali selepas pengacara itu menghina kematian dua orang anaknya yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran beberapa tahun lalu. Malah, dia turut didakwa melakukan ‘body shaming’  terhadap anak perempuannya, Cik B atau Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

dsv saman azwan ali

Advertisement

Susulan itu, DSV memberi tempoh selama 48 jam bermula semalam untuk Azwan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadapnya. Sekiranya gagal berbuat demikian, DSV menerusi peguamnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azwan.

Sebagai seorang ibu, penghinaan Azwan terhadap Cik B dan dua anaknya yang sudah meninggal dunia disifatkan begitu perit untuk diterima. Rasa kecewa dan terluka di dalam hati.

datuk seri vida saman malu azwan ali

Tragedi tersebut merupakan kenangan paling pahit dan sedih bagi saya. Ia juga telah memberikan impak yang besar dalam kehidupan saya yang mana setelah tragedi tersebut saya menjadi murung tertekan beberapa bulan.

Memandangkan Azwan telah menyentuh isu sensitif berkaitan dengan fizikal Cik B dan tragedi hitam yang berlaku pada kedua-dua anak lelaki saya, saya tidak akan berdiam diri. Oleh itu saya mengambil tindakan untuk memfailkan saman malu kepada Azwan. Tiada siapa berhak menghina fizikal orang lain.

Advertisement

datuk seri vida saman azwan ali

Isu ini dipercayai tercetus apabila Azwan tidak berpuas hati mengenai soal bayaran selepas membuat kemunculan di sebuah acara dianjurkan oleh DSV baru-baru ini.

Menjelaskan perkara tersebut, DSV berkata Azwan sebenarnya tidak diundang sebagai artis jemputan dan hanya hadir atas kapasiti peribadi sahaja.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 Comments

  1. Cik B

    February 11, 2020 at 9:38 am

    sabo jela, tengok IG Roslan Shah, DSV x jemput dia pun jadi artis jemputan, tapi atas belas kawan, Cik lan panggil dia tapi cik lan ada bayar dia dan kasi dia duduk hotel, semua cik lan bayar, there no issue yg DSV need to pay him, watever it is kalau kau dah sebut kejelekan mengenai org dah meninggal mmg it is too much ok, no need to mention about body shaming. so cara untuk sedarkan org mcm gini, ialah saman aja, pasal manusia skg lagi takut court order dari pembalasan Allah

  2. Anonymous

    February 11, 2020 at 9:07 am

    dua2 tak suka. tapi azwan ali tu melampau ckp pasal anak dsv yg meninggal tu. orang tu dah lama meninggal duk sebut2 buat apa. busybody betul diva aa sendu ni

  3. nana

    February 11, 2020 at 8:44 am

    tak semua benda boleh selesai dgn duit. cik B lg matang dr mak dia sebenarnya….tak pyh bwk mahkamah just jgn layan je. kalau mcm tu esok besar kalau kena kutuk…tak sudah2 nk bwk ke court. tgk naim kena dgn AA, tp dia reply baik punya siap ckp semoga sentiasa dlm pelukan kasih sayang Allah lg….klas kau naim.

  4. bayu

    February 11, 2020 at 8:37 am

    SAMAN SI MULUT JANTAN BAPOK SUNDAL TU.

  5. sabo jela

    February 11, 2020 at 8:34 am

    hmm 2 2 pun sama je perangai sebenarnye. yg AA cpt nk melenting. yg DSV xabes2 isu bayaran. isu peserta GV yg ko dah janjikn nk bg hadiah tu dah tunaikan ke belom? skng nk saman malu AA ade la plk duitnye nk byr upah peguam. AA xabes2 suke mncarut. pggil knp. xpyh la nk jemput manusia spesis mcm AA tu. hala hai…….

Loading...
To Top