Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin tampil menafikan bahawa pihaknya terikat dengan perjanjian eksklusif dengan mana-mana pihak kerana sehingga kini masih belum mendedahkan wajah anak sulungnya.
Biarpun sudah mencecah usia dua bulan, namun Fattah dan Fazura khabarnya masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak sulung mereka iaitu Nur Fatima Aisya kepada umum.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen Facebook di salah sebuah portal hiburan “Astro Gempak”, wujud seorang wanita seakan tidak segan melemparkan kata-kata berbaur hinaan kepada puteri sulung pasangan itu.
Kata wanita itu, pasangan ini masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah Fatima kerana bayi tersebut didakwa “sumbing” olehnya.
Namun begitu, kenyataan yang dilemparkan tanpa sebarang soal selidik itu mengundang kecaman netizen khususnya peminat fanatik Fattzura yang dilihat kurang senang dengan penghinaan tidak sensitif itu.
Bahkan, menurut laporan Rotikaya, ada juga yang tampil mengatakan bagaimana perasaan anak-anak wanita tersebut andai mengetahui ibu mereka melemparkan komen sedemikian rupa terhadap orang lain.
Meninjau komen balas itu secara terperinci, wujud juga segelintir pihak yang mendakwa perbuatan itu merupakan “body shaming” dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sumber: Rotikaya