Himpunan Sumud Flotilla Di Kuala Lumpur Jam 4 Petang Ini, Fedtri Yahya Jemput Ramai Sertai

Trending

Himpunan Sumud Flotilla Di Kuala Lumpur Jam 4 Petang Ini, Fedtri Yahya Jemput Ramai Sertai

Seluruh dunia kini menantikan setiap perkembangan terkini tentang status para aktivis yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza selepas beberapa kapal dikhabarkan telah ditahan pihak Israel.

Rakyat di beberapa negara juga sudah mula membuat protes terhadap penahanan sejumlah aktivis yang sudah ditahan dan Malaysia juga bakal mengikut jejak langkah tersebut.

Advertisement

30 kapal menuju gaza

Menerusi Threads, pengacara Fedtri Yahya berkongsi maklumat tentang himpunan yang bakal diadakan pada petang ini berkait Sumud Flotilla.

Berdasarkan hantaran itu, himpunan Sumud Flotilla dijadualkan diadakan pada jam 4 petang ini di hadapan The Linc, Kuala Lumpur.

Pengacara itu turut berkongsi dan mengajak orang ramai untuk hadir dan memamklumkan tentang syarat-syarat dikenakan sekiranya mahu sertai himpunan tersebut.

Individu yang mahu ke himpunan itu haruslah berpakai sopan, berdisiplin dan bertemakan Palestin serta perlu menghormati sensitiviti.

Ini termasuklah tidak menimbulkan provokasi dan kekecohan ketika himpunan berlangsung  dan orang ramai yang hadir dan mahu membawa bendera dialu-alukan.

Namun jika mahu membawa papan tanda atau sepanduk, ia haruslah bersesuaian dan menghormati sensitiviti.

 

View on Threads

 

Hantaran itu meraih perhatian dan menerima banyak respon daripada pengguna Threads malah seorang warga asing turut bertanya sekiranya dia boleh sertai.

komen netizen komen netizen

nadir al nuri gaza
2025-10-02 10:21:14

30 Kapal Lain Terus Berlayar, Nadir Al-Nuri Beri Update - "Penahanan Haram Isra*l Tak Kan Lemahkan Kami"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...