Himpunan Gambar Menarik Perayaan “Berjalan Di Atas Api” Di Utara Jepun

Travel

Himpunan Gambar Menarik Perayaan “Berjalan Di Atas Api” Di Utara Jepun

Perayaan di Jepun boleh dikatakan sangat banyak jika dibandingkan dengan negara lain dan perayaan-perayaan yang disambut itu ada yang menarik dan juga yang pelik-pelik. Antara perayaan menarik yang diadakan adalah Tengu no Hi-watari yang kebanyakannya diadakan di kawasan utara Jepun, Hokkaido.

Advertisement

Tengu adalah merupakan watak cerita dongeng rakyat di Jepun yang yang selalunya dikaitkan dengan jembalang dan selalu digambarkan dengan wajah yang merah dan mempunyai hidung yang panjang. Pada perayaan ini, mereka yang mengenakan pakaian sebagai watak Tengu akan berjalan menerusi satu laluan yang dipenuhi dengan bara api.

Di atas dan dibawah ini adalah beberapa gambar yang dikongi oleh seorang jurugambar, Katsu di dalam akaun Twitternya dan telah mendapat banyak perhatian daripada mereka yang berada di dalam dan luar negara. Gambar kontras di antara kegelapan malam dan kecerahan merah api, besertakan watak Tengu yang berjalan adalah merupakan sebab mengapa gambar yang dikongsi itu mendapat pelbagai reaksi.

Katsu bukan sahaja seorang yang berbakat sebagai seorang jurugambar, beliau juga merupakan seorang pemain gitar, jurutera dan penerbit suara bagi beberapa projek musik. Usaha beliau ini adalah untuk menarik lagi ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi kawasan Hokkaido, utara Jepun.

Bagi mereka yang berkesempatan untuk melawat utara Jepun, admin sarankan untuk anda melawat dan melihat sendiri akan perayaan ini. Setiap tahun perayaan ini diadakan di antara bulan Julai hingga September di kebanyakan kawasan di sana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...