Suatu ketika dahulu ramai yang digemparkan dengan kualiti makanan penerbangan yang disediakan oleh sebuah syarikat penerbangan terkemuka di Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan rata-rata kualiti makanan penerbangan yang disediakan adalah tidak sebaik restoran.
Mungkin ini disebabkan oleh persekitaran pesawat, dimana kelembapan udara adalah dibawah taraf dan menyebabkan rasa makanan terjejas. Kebanyakannya hidangan akan disediakan 72 jam sebelum perjalanan dan dihidangkan kepada penumpang.
Begitu sukar untuk menentukan syarikat penerbangan mana yang menyediakan hidangan yang teruk (letak sesuka hati nanti kena saman la pulakkan), namun banyak gambar-gambar yang telah dikongsi oleh penumpang pesawat bagi menunjukkan betapa teruknya hidangan makanan beberapa buah syarikat penerbangan.
Di bawah adalah beberapa gambar makanan penerbangan yang dianggap teruk yang dikongsi oleh penumpang pesawat penerbangan untuk ditatapi ramai.
Korang rasa apa benda ni??
Mana isi dagingnya?
Bubur kat hospital pun tak nampak macam ni
Terlebih masak ke ni sampai kecut sayur tu
Burger Ramly pun nampak lagi sedap dari ni
Pisang goreng?? Donut??
Ni ikhlas ke tak ikhalas nak bagi makan ni??
Bagi syarikat penerbangan, situasi seperti ini perlu dibasmi dengan segera bagi mengekalkan imej syarikat. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni ramai yang suka mengambil gambar makanan sebelum menikmatinya dan berkongsi di laman internet.