“Hilangkah Rasa Ihsan Ayah Pada Kami?” – Anak Tiri Dedah Bapa Terus Berubah Selepas Kahwin Dengan Miera Liyana

Hiburan

“Hilangkah Rasa Ihsan Ayah Pada Kami?” – Anak Tiri Dedah Bapa Terus Berubah Selepas Kahwin Dengan Miera Liyana

Nama pelakon Miera Liyana baru-baru ini menjadi bualan hangat selepas tular tentang kisah mengatakan suaminya mahu menceraikan isteri pertama.

miera
3 years ago

"Saya Tak Nak Masuk Campur" - Suami Mahu Ceraikan Isteri Pertama, Miera Liyana Dituduh Punca

Advertisement

Terbaru, anak tiri pelakon itu telah mendedahkan bahawa bapanya ini sudah berubah dan keluarga seperti tidak mengenalinya lagi.

Kata Nur Izzah Rosland, bapanya itu mula menunjukkan perubahan selepas berpoligami dan menikahi Miera Liyana pada tahun 2020.

Malah, menurut Izzah lagi bapanya sangat rapat dengan anak-anak namun sudah hampir dua tahun tidak pulang ke rumah dan turut menyekatnya di Whatsapp.

Nafkah ibu telah lama culas sejak berpoligami. Kenapa ayah berubah? Hilangkah rasa ihsan ayah pada kami?”

Difahamkan, adik perempuannya, Anisa telah diambil dari sekolah tanpa pengetahuan ibunya sejak 12 Februari lepas dan sehingga kini, dia masih trauma kerana tidak tahu ke mana anaknya dibawa.

Rosland dikatakan telah menyekat nombor isteri pertamanya dan tidak pulang ke rumah sejak September 2021 selain turut tidak memberi nafkah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Boom!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...