Hilang Tawaran Berlakon Setelah Bertudung, Cik Manggis De Fam Redha -“Hijrah Kali Ini Buat Hati Saya Tenang..”

Hiburan

Hilang Tawaran Berlakon Setelah Bertudung, Cik Manggis De Fam Redha -“Hijrah Kali Ini Buat Hati Saya Tenang..”

Cik Manggis daripada kumpulah De Fam baru-baru ini telah mengambil keputusan untuk berhijrah dengan memakai tudung secara sepenuh masa.

Namun, disebabkan keputusannya itu, difahamkan ada pihak yang menarik semula tawaran berlakon yang pernah ditawarkan kepada Cik Manggis ketika waktu dia masih belum berhijab.

Advertisement

Menurut Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin,31, dia redha dan tidak pernah berasa bimbang meskipun telah kehilangan tawaran berlakon terebut kerana dirinya percaya dengan rezeki yang datang daripada Allah S.W.T.

Malah, menurut Cik Manggis lagi, penghijrahan yang dilakukannya itu telah membuatkan suaminya, Syazmin Firdaus Aminuddin lebih gembira dan hatinya kini lebih tenang apabila berdepan dengan dugaan hidup.

“Ada juga tawaran datang tapi tiba-tiba ditarik semula sebab saya dah bertudung. Tapi bila satu hilang, banyak pula yang datang. Jadi bagi saya, tak pernah risau pun kalau berhijrah atau tukar imej.  Ada masalah atau tawaran ditarik semula pun, saya rasa tenang saja dan reda sebab bukan rezeki. Yang penting, suami saya paling gembira. Sedikit sebanyak memang berubah kehidupan saya tapi saya tetap menjadi diri sendiri,”

Dia ditemui media ketika majlis pelancaran dan memperkenalkan dirinya sebagai duta sebuah produk mandian Xorra di Royale Palace, Cyberjaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Cik Manggis turut meluahkan rasa kesyukuran kerana impiannya untuk menjadi duta sesebuah produk itu termakbul setelah lima tahun terlibat dalam industri seni.

“Saya beritahu suami yang doa saya dah termakbul. Untuk tawaran itu, saya pilih mana yang sesuai dengan imej dan saya terpikat untuk jadi duta produk body wash,” – Cik Manggis

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...