Hilang Suara, Jaclyn Victor Bakal Maklum Sama Ada Teruskan Perjuangan Dalam ASGV Atau Tidak

Hiburan

Hilang Suara, Jaclyn Victor Bakal Maklum Sama Ada Teruskan Perjuangan Dalam ASGV Atau Tidak

Penyanyi Jaclyn Victor mengumumkan bahawa dia mengalami masalah kesihatan yang boleh menganggu kariernya sebagai penghibur.

Ujar Jac, dia telah dijangkiti laryngitis atau keradangan pita suara sehingga menyebabkan kehilangan suara buat sementara waktu.

Advertisement

Berikutan itu, Jac tidak dapat memberikan keputusan rasmi sama ada dia akan meneruskan perjuangan bagi persembahan minggu kesembilan All Star Gegar Vaganza pada hari Ahad ini.

Ketika ditemui media, Jac dilihat tidak dapat berkongsi keadaannya secara verbal sebaliknya hanya mampu menunjukkan teks yang ditulis pada telefon bimbitnya kerana tidak boleh bercakap kerana sakit di bahagian tekak.

Doktor juga menyarankan Jac untuk tidak menyanyi buat sementara waktu dan perlu rehat secukupnya. Sampai bila, kita pun tidak tahu.

Sebenarnya minggu ini Jac ada dua persembahan. Tak tahu lagi apa yang akan jadi. Kita tunggu sahaja.

Difahamkan, Jaclyn mula mengalami masalah suara sejak seminggu lalu namun masih gigih meneruskan persembahan di minggu kelapan ASGV yang berlangsung hujung minggu lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Noh Salleh
1 year ago

"Dia Kurus, Tapi.." - Siti Bainun Dah Kurus, Reaksi Noh Salleh Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : murai.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...